25 February 2019

EBBY YUS DEDAH ADA WANITA INGIN KAHWIN DENGANNYA, TAK KISAH SAKIT


Masih hidup membujang pada usia sudah melewati separuh abad, pelakon dan pelawak terkenal, Ebby Yus, 55, memberitahu bukan dia tidak pernah cuba menjalin hubungan cinta sebelum ini.





Dalam masa sama, Ebby Yus turut mendedahkan ada wanita yang mengajaknya untuk berkahwin walaupun dalam keadaan kesihatannya kini yang tidak baik.

"Walaupun dalam keadaan kesihatan kurang baik ketika ini, masih ada wanita sudi mengajak saya berkahwin dengannya. Namun, soal perkahwinan tetap membabitkan dua hati dan untuk keadaan sekarang, saya sudah pasrah.

"Saya pernah mencubanya ketika usia masih muda dulu. Namun, siapalah kita. Sebagai manusia, saya hanya mampu merancang, kerana selebihnya tetap berbalik pada izin Allah SWT," katanya.

Ditanya adakah dia pernah mengalami episod putus tunang atau apa saja yang menyedihkan dalam perhubungan, Ebby berkata, dia tidak pernah melaluinya.

Klik untuk gambar besar


"Dalam urusan jodoh, ia tidak membabitkan keputusan sebelah pihak saja tetapi secara berpasangan. Bukan hanya pasangan, turut diambil kira juga persetujuan keluarga seperti restu ibu bapa serta pihak berkaitan sebelah lelaki dan perempuan," ujarnya.

Mengakui bukan paras rupa menjadi ukuran dia menolak pelawaan wanita yang mengajaknya berkahwin, Ebby berkata, soal itu hanya diri sendiri yang tahu.

"Masih membujang pada usia adalah takdir saya. Tidak berkahwin bukanlah satu masalah, cuma dalam keadaan sekarang apabila berhadapan masalah kesihatan ia sedikit-sebanyak memberi kesukaran kepada saya," tuturnya.

Terdahulu, Ebby mendedahkan beliau disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan jantung hingga menyukarkan beliau untuk bekerja lagi. Berita itu turut mendapat kunjungan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: