25 February 2019

TAHNIAH - ISTERI ALIFF SATAR HAMIL ANAK KETIGA


Menerusi laman Instagram, penyanyi Alif Satar telah berkongsi berita gembira dimana isterinya, Shadila Halid disahkan hamil cahaya mata ketiga mereka.





Menurut Alif, tekaan netizen mengenai isterinya hamil benar apabila dua hari lalu beliau memuatnaik gambar bersama isteri yang sedang memegang kertas yang dipercayai gambar ultrabunyi kandungan.

"Ariana here taking notes from the more experienced Alisha. So, cerita dia macam ni... korang semua macam boleh 'magically' teka from a white folded piece of paper that it was an ultrasound (2 post sebelum ni) 😂 don't know how some of you did it, but tekaan korang betul.. 🤷🏽‍♂️👍🏽.

Klik untuk gambar besar


"Jadi berita gembira dikongsikan..alhamdulillah we’re expecting our 3rd child, Alif minta doa anda semua agar kandungan ni sihat dan semuanya berjalan dengan lancar.. God bless!! p/s my living room penuh dengan glitter dari lip balm yang aku beli kat Primark untuk 2 budak kecik ni..," tulisnya.

Di ruangan komen, ramai membanjiri dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan agar mereka mendapat cahaya mata lelaki pula kali ini selepas kedua anaknya kini adalah perempuan.

Tahniah kami diucapkan kepada Alif dan isteri. Semoga perjalanan kehamilan kali ketiga ini dipermudahkan dan lancar.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aliff Satar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: