08 February 2019

GAGAL DALAM PERHUBUNGAN - ZULIN AZIZ KONGSI BEBERAPA ALASAN


Menerusi entri di laman Instagram (IG), pelakon dan penyanyi Zulin telah menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih pasangan supaya tidak gagal dalam perhubungan.





Zulin berkongsi beberapa alasan yang seringkali diberikan oleh pasangan bercinta dalam sesebuah hubungan.

"Berapa kali kau pernah gagal dalam hubungan? Berapa kali kau jumpa orang mengkhianati kau? Berapa kali? Berkali-kali?

"Ada sesetengah dari golongan pengkhianat hanya memikirkan hati perasaan dia saja. Kalau tidak lagi beri dia apa-apa manfaat maka dia hilang begitu saja.

Klik untuk gambar besar


"Ada pula dari golongan ini yang cuba cari alasan supaya dia tidak terlihat salah dimata kau mahupun orang lain a.k.a suci dalam debu. Ada pula yang menyalahkan diri dia dan menyanjung kita sebaik-baik manusia.

"Apapun alasan yang paling baik adalah dengan berbincang walaupun dah tak ada perasaan, berlaku jujur, clearkan keadaan dan tak payah buang masa siapa-siapa.

"Kalau masih sayang, baiki hubungan itu dengan Berbincang dan kalau dah tak boleh clearkan putus atau move on. Simple," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata berkongsi pengalaman percintaan mereka dan mendoakan agar Zulin akan mendapat jodoh yang lebih baik selepas ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: