11 February 2019

GAMBAR TULAR BERSAMA WANITA - SUFIAN ANGGAP BERUNSUR KHIANAT


"Sejujurnya saya berasa ralat dengan perkara ini. Dalam masa sama, saya tak terkejut. Saya berasakan ini bukan satu isu besar dan tak perlu pun diperbesarkan.





"Kalau boleh berhenti beri perhatian pada isu ini. Tak nak ia jadi fokus orang ramai. Biarkan ia berlalu begitu saja. Sedangkan ada perkara lebih gembira ingin dikongsi.

"Nampak sangat ini lebih kepada perbuatan khianat," kata penyanyi Sufian Suhaimi yang menganggap beberapa gambar yang tular membabitkan dirinya dengan seorang wanita adalah berunsur khianat.

Klik untuk gambar besar


Sufian, 27, berkata gambar yang tular juga berunsur serangan peribadi apatah lagi ia dimuatnaik selepas kemenangannya pada Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33).

Menurut penyanyi lagu 'Di Matamu' itu, dia tidak mahu lagi ambil kisah dengan apa yang berlaku. Ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan wanita dalam gambar itu, Sufian berkata antara mereka tidak pernah ada apa-apa hubungan.

"Lagi dilayan lagi panjang isu ini. Jadi, cara terbaik adalah baik biarkan saja. Sampai sekarang saya masih solo. Saya berhak untuk berkawan dengan sesiapa saja," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sufian Suhaimi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: