11 February 2019

DIDAKWA 'GOYAH' - SHARNAAZ & ISTERI JUMPA KAUNSELING JAWI?


Baru-baru ini, timbul desas-desus mengenai rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila yang dikatakan kini sedang bermasalah.





Rumah tangga mereka dikatakan goyah selepas netizen perasan kedua-duanya tidak lagi memuatnaik foto bersama mahupun mengucapkan kata-kata cinta. Malah, Sharnaaz sering dilihat memuatnaik kapsyen seakan dalam kesedihan.

Hasil 'siasatan' netizen juga mendapati mereka suami isteri yang mempunyai seorang cahaya mata bernama Jebat Jayden Ahmad itu tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di akaun Instagram.

Bukan sahaja isterinya, Sharnaaz juga sudah berhenti mengikuti akaun Instagram ibu mertuanya serta adik beradik iparnya seperti Neelofa dan Ameera Khan. Tentunya ia menimbulkan pelbagai persoalan adakah mereka masih tinggal sebumbung ataupun tidak.

Klik untuk gambar besar


Malah, lebih mengejutkan lagi apabila kedua-duanya baru-baru ini dikhabarkan telah berjumpa dengan kaunseling di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perkara berkenaan telah didedahkan oleh sebuah Instagram yang menggunakan nama @makcik_puaka menerusi Insta Story yang memaparkan perbualan seorang individu.

"Serba salah sebenarnya nak cakap. Actually Sharnaaz ada rujuk dengan kaunseling dekat JAWI hari tu Sebab mak iolls ada keje kat sana Dia cakap ada nampak Sharnaaz tu datang JAWI tettt wallahualam.



"Betik mak iolls keje JAWI yang bagitahu Sharnaaz datang JAWI untuk kaunseling. Then Nabila pegi dengan bapa tiri dia," tulis individu tersebut.

Meskipun spekulasi mengenai status rumah tangga mereka yang dibina pada 31 Mac 2017 itu sudah hangat diperkatakan, kedua-dua pihak setakat ini masih belum memberikan penjelasan lanjut.

Apa-apapun, kalau bergaduh sikit-sikit itu memang asam garam dalam kehidupan rumah tangga dan kami harap mereka berdua baik-baik sahaja.




www.myartis.com / Sumber: KopiPlanet.com, Instagram Mak Cik Puaka, Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: