26 February 2019

GARA-GARA SKIRT - NEELOFA TERIMA KOMEN NEGATIF


Menerusi laman Twitter dan Instagram, pelakon dan pengacara Noor Neelofa Mohd Noor telah berkongsi foto dirinya ketika menghadiri pertunjukan fesyen antarabangsa yang berlangsung di Milan, Itali, untuk tatapan bersama peminatnya.





"Guess who went to the Upside Down land? Went to the Upside Down at @ferragamo with these kids!" tulis pada foto terbabit.

Lantas, foto yang dimuatnaik Neelofa telah menarik perhatian netizen gara-gara skirt dilihat seperti atas paras buku lali. Malah, ada yang turut memberi kecaman dan komen berbaur negatif kepada usahawan berjaya ini.

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, rata-rata peminat bintang berusia 30 tahun itu memberi nasihat agar sentiasa kekal positif walaupun diterima pelbagai kecaman dari netizen.

Alahai netizen pun, tidak baik bersangka buruk dengan orang lain. Alangkah baiknya kita berkata yang baik-baik sahaja dan mendoakan yang terbaik buat Neelofa.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Twitter & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: