19 February 2019
HARAP ZAHIRAH TAK CAKAP BURUK PASALNYA - ZUL ARIFFIN DOAKAN TERBAIK
"Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Baguslah, mereka pun masih muda dan banyak perkara yang boleh dilakukan bersama-sama. Nikmati hidup kalian sebaik-baiknya. Apabila sesuatu hubungan telah berlalu, saya tidak mahu bercakap buruk mengenai masa silam saya.
"Jadi, saya harapkan dia juga begitu," kata pelakon Zul Ariffin yang mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya, aktres Zahirah Macwilson dan teman lelaki baharunya, pelakon Aiman Hakim Ridza.
Kata Zul, dia sedar akan perkembangan positif hubungan cinta pasangan pelakon itu dan berharap mereka menikmati momen-momen manis bersama.
Klik untuk gambar besar
Zul yang ditemui pada majlis pratonton filem 'Misteri Dilaila' berharap bekas kekasihnya tidak bercakap perkara yang boleh menjejaskan nama baiknya di hadapan teman lelaki baharunya.
Untuk makluman, Zul dan Zahirah mula berkenalan pada 2015 namun akhirnya putus sekitar Mac 2018. Setelah berakhir cinta mereka berdua, Zahirah mula menjalinkan hubungan dengan Aiman Hakim sekitar Disember 2018 hingga kini.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zul Ariffin
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment