19 February 2019

AR BADUL TERIMA KUNJUNGAN & SUMBANGAN FINAS


Pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, 70, yang kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung, telah menerima kunjungan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang turut tampil menghulurkan sumbangan.





Sumbangan disampaikan Pengerusi Finas, Datuk Samsuni Mohd Nor yang meluangkan masa melawat Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie semalam. Samsuni berkata, pihaknya bersyukur dengan keadaan kesihatan terkini beliau itu yang kini stabil dan diletakkan di bawah pemantauan rapi doktor.

Datuk Samsuni yang hadir bersama Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Khairul Azhar Abu Bakar itu berkata, semangat Badul dalam berkarya perlu menjadi contoh kepada pelapis dunia seni dan kerajaan menghargai sumbangan Badul terutama idea kreatif yang dijana sepanjang mengabdikan diri dalam dunia seni.

"Kita amat menghargai semangat berkarya serta idea kreatif beliau. Semangat ini perlu diteruskan serta dikongsikan kepada generasi muda hari ini," katanya.

Klik untuk gambar besar


Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Finas, Khairul Azhar Abu Bakar. Bagaimanapun, Samsuni tidak menyatakan jumlah sumbangan yang disampaikan.

Terdahulu, Badul dimasukkan ke IJN jam 4 petang kelmarin akibat masalah salur darah di jantung tersumbat. Isterinya, Maizatul Osman, 39, ketika dihubungi berkata, Badul mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur.

Badul pernah dinobatkan sebagai Pengarah dan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Kelapan (FFM8) menerusi filem 'Oh Fatimah'.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: