11 February 2019

"HATI SAYA TAK SEBUSUK... TIADA RASA DENGKI & IRI HATI" - ANNA JOBLING


Dikaitkan sebagai dalang dalam isu penyebaran video tiga finalis program itu berhibur di pusat hiburan hingga menyebabkan gelaran yang dimenangi Haneesya ditarik balik, Anna Jobling, 19, berkata yang dia tidak mudah untuk dia menghadam setiap cemuhan yang dilemparkan.





"Untuk apa saya mengkhianati mereka, sedangkan kami melalui jatuh bangun bersama ketika menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja 2018/2019?

"Kami rapat seperti adik-beradik dan hati saya tidak sebusuk itu untuk menjatuhkan orang lain. Tiada sekelumit perasaan dengki dan iri hati apabila Haneesya Hanee dipilih sebagai pemenang.

"Saya juga tidak pernah bermasalah dengan Ernisha mahupun Fazreen. Jauh di sudut hati, saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku, tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur," luah Anna.

Gadis kacukan Melayu, Inggeris dan Portugis yang memiliki nama lengkap, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu menjelaskan, kontroversi itu sedikit sebanyak mencalar imej serta reputasinya, membuatkan dia terpaksa bangkit mempertahankan diri.

Klik untuk gambar besar


"Apa bukti saya dalang yang menyebarkan video itu? Saya cabar mereka yang menuduh supaya tampil bersama bukti, bukan hanya tahu petik nama.

"Jika sudah melakukan kesalahan, tiada guna menuding jari menyalahkan orang lain. Kenapa saya yang menjadi mangsa tuduhan? Jujurnya, saya tidak takut kerana saya tidak bersalah," tegasnya.

Anna juga mendakwa, dia kecewa apabila ada pihak tertentu menyerangnya dengan memaki hamun, selain mengugut supaya tidak keluar rumah.

"Mereka menuduh saya cemburu dengan kejayaan Haneesya, malah bertindak agak keterlaluan apabila mengheret sekali ibu saya. Kononnya, ibu marah apabila saya tidak menang.



"Soalnya, menang dan kalah adat pertandingan. Siapa saya mahu menolak kehendak takdir? Lagipun, saya menyertai pertandingan untuk menimba pengalaman. Tiada langsung tekanan apabila kalah," katanya.

Bakal memulakan penggambaran drama pertama, 'Sara Sajeeda', terbitan Zeel Production, bulan depan, Anna berkata, biarpun teraniaya, rezekinya dalam bidang seni semakin melimpah.

"Saya bersyukur apabila diberi peluang sebagai hos E-Show di TV3 dengan tugasan pertama, mengendalikan acara permaidani merah dan cerita di balik tabir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33.

"Saya juga ditawarkan watak pembantu dalam Sara Sajeeda. Biarlah memulakan langkah dengan watak pembantu kerana saya belum ada pengalaman berlakon," tuturnya yang bernaung di bawah pengurusan MASK Team.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Anna Jobling


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: