06 February 2019

IQRAM DINZLY: "BUKAN SEJENIS HADIR MAJLIS TANPA DIUNDANG!"


Pada tahun lepas, pelakon Iqram Dinzly telah membuat kontroversi termasuklah kemunculannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) mencuri perhatian ramai, tahun ini tiada langsung kelibatnya di acara hiburan AJL33.





Selepas pelbagai persepsi timbul, jelas Iqram menerusi laman Instagram baru-baru ini, dia bukan seorang artis yang hadir ke majlis tanpa jemputan.

"Dan cukuplah terang lagi bersuluh Iqram Dinzly bukan sejenis hadir majlis tanpa diundang! Tahun lepas atas tiket @tontonmy dijemput bagi wakil pergi iaitu @prinxchiqydinzly datang.

"Pelbagai persepsi terundang. Namun sejarah tidak mungkin berulang! #fullstop," tulisnya menerusi entri di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Iqram turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat pemenang AJL tahun ini iaitu Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ara Johari, Misha Omar dan Sufian Suhaimi.

AJL33 menyaksikan lagu 'Haram' milik Hael dan Dayang dijulang sebagai juara disusuli 'Bunga' (Ara Johari) di tempat kedua dan 'Sampai Bila' (Misha Omar) kedudukan ketiga dan Vokal Terbaik. Lagu 'Di Matamu' (Sufian Suhaimi) pula dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik AJL33.

Tahun lalu, Iqram yang berjaket kuning dan berserban hitam bertindak spontan naik ke pentas AJL32 selepas lagu Jampi (Hael Husaini) diumumkan sebagai juara.

Pada mulanya, pelakon itu hampir naik ke pentas ketika Altimet menyanyikan lagu 'Amboi Amboi Amboi' namun dihalang oleh kru bertugas. Iqram bagaimanapun telah membuat permohonan maaf berhubung perkara terbabit.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Iqram Dinzly


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: