21 February 2019

JAGA SENSITIVITI & SEDAR ISTERI KEDUA - ZARINA ZAINUDDIN PILIH ENGGAN DEDAH


Bahagia dengan empat anak hasil perkahwinan mereka, pelakon Zarina Zainuddin enggan mengambil kesempatan di atas kebaikan madunya, malah cukup selesa dengan hubungan terjalin antara keluarga.





Zarina memilih untuk tidak mendedahkan identiti suami kepada umum kerana mahu menjaga sensitiviti selain akur status isteri kedua.

"Saya tahu ramai bertanya di mana suami terutama apabila saya berdepan dengan gelagat anak kembar, Azal dan Azil yang mengalami autisme.

"Secara realiti, tidak ramai yang tahu suami saya sebenarnya lebih banyak berdepan ragam dan kerenah anak-anak... Cuma ia tidak dikongsikan kepada umum.

Klik untuk gambar besar


"Saya sedar kedudukan sebagai isteri kedua. Sehubungan itu, saya tidak mahu melanggar sensitiviti mana-mana pihak kerana tahu batas saya.

"Biarpun saya dan madu duduk bersebelahan, saya tidak mahu mengambil kesempatan dengan melakukan sesuatu yang boleh membuatkan sesiapa terasa," katanya.

Zarina bersyukur dia dan keluarga termasuk sebelah madu, saling membantu. Tambah Zarina lagi, perniagaan pulut kuning dan rendang yang diusahakan turut diurus anak-anak tiri dan madunya.



"Alhamdulillah, kami anak-beranak saling membantu. Bukan bersama ketika waktu senang saja, sebaliknya, ada ketika susah payah. Rezeki Allah ada di mana-mana, lebih baik dikongsi bersama yang tersayang," ujarnya.

Dalam masa sama, Zarina mengaku bukan mudah mengekalkan keharmonian hidup berpoligami dan sikap iri hati perlu dijauhkan bagi mengelak perkara tidak diingini.

Untuk info, Zarina dan suami dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 23; Muhammad Naim Azraidan, 16, dan Muhammad Adam Azrai, 13.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Zarina Zainuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: