27 February 2019

JANNA NICK TAMPIL MOHON MAAF TERBUKA, MAHU HUBUNGAN KEMBALI JERNIH


Bagi mengakhiri krisis yang berlaku, pelakon Janna Nick tampil memohon maaf secara terbuka kepada penerbit dan pelakon, Sheila Rusly serta keluarga, jika perbuatan dan kata-katanya selama ini mengguris hati.





Sebagai anak didik kepada Sheila dan suaminya, pelakon drama bersiri 'Leftenan Zana' itu mahu hubungan akrab antara mereka, pulih semula.

"Saya banyak terhutang budi kepada mereka yang memberi tunjuk ajar sejak mula berkecimpung dalam bidang seni. Tanda hormat kepada peranan mereka selama ini, saya membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya berharap hubungan yang keruh kembali jernih," katanya.

Sebelum ini, ramai menyedari keakraban Janna dan Sheila, berikutan sering bekerjasama dalam pelbagai projek. Namun, ramai pemerhati dunia hiburan membuat andaian mereka tidak lagi rapat selepas Sheila memuatnaik foto mempromosikan drama bersiri, 'Leftenan Zana'.

Klik untuk gambar besar


Entri itu diiringi keterangan berbunyi: "Kalau rasa nak tengok silakan... Mungkin tidak sehebat yang diharapkan dan tak semudah juga untuk sis (merujuk kepada dirinya selaku penerbit) menyiapkan kerana tak semua jasa akan dikenang".

Status itu pantas mengundang spekulasi dan biarpun penerbit terbabit tidak menyebut sebarang nama, ramai yang mengaitkannya dengan Janna. Janna berkata, sebelum ini, dia pernah memohon maaf melalui mesej peribadi, namun tidak dibalas Sheila.

"Sejujurnya, saya sendiri kurang pasti mana silapnya. Oleh itu, saya memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan.

"Sekiranya permohonan maaf secara terbuka ini tidak diterima oleh pihak di sana, apa yang boleh saya lakukan selepas ini adalah memohon ampun daripada Allah," katanya yang sebelum ini memilih untuk mengunci mulut daripada menjawab sebarang persoalan mengenai hubungannya dengan Sheila.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Janna Nick & Sheila Rusly


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: