27 February 2019
BELLA ASTILLAH DAKWA ALIFF AZIZ 'CURANG' LAGI, TUNJUK 'BUKTI'
Isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah dalam satu muatnaik di laman Instagram miliknya telah mendakwa, rumah tangga mereka kembali dilanda kemelut apabila suaminya dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon baharu iaitu Oktovia Manrose yang merupakan anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Iwan.
Bella, 25, dalam kenyataan itu mengakui, tidak menduga akan kembali berdepan kemelut yang pernah dilalui dalam rumah tangganya, dua tahun lalu. Dalam entri tersebut, Bella menunjukkan bukti suaminya sedang berlaku curang dengan pelakon tersebut dengan mendedahkan bukti perbualan di ruangan Direct Message Instagram.
"Setiap kali solat, saya minta kepada Allah supaya memberikan petunjuk. Tidak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Terima kasih kepada insan yang memaklumkan saya menerusi mesej secara langsung (DM). Jika tidak, saya tidak tahu apa-apa kerana saya hanya dengan anak di rumah.
"Selepas kejadian pertama dulu, saya memberinya peluang kerana setiap manusia melakukan kesilapan, selain memikirkan anak yang masih kecil. Tetapi, dia buat hal lagi dengan pelakon gandingannya selepas selesai penggambaran sebuah telefilem, baru-baru ini.
"Dia sudah mula menunjukkan perubahan dua hari sebelum penggambaran selesai apabila menukar kata laluan telefon bimbit," katanya yang turut mendakwa, suaminya bagaimanapun sudah memadam semua mesej di aplikasi, WhatsApp, selain dia turut menghubungi pelakon wanita itu untuk mendapatkan kepastian.
Klik untuk gambar besar
Kakak kepada penyanyi Didi Astillah itu berkata, pelakon wanita itu bagaimanapun menafikan mereka menjalin hubungan, malah meminta keizinannya untuk bertemu Aliff bagi meleraikan kemelut yang melanda.
"Dia kononnya mahu menasihati Aliff supaya kembali kepada Allah, tetapi saya tidak sangka individu itu sebenarnya yang keluar bersama-sama suami untuk berhibur. Saya cuma mahu mengingatkan suami, hiburan di dunia ini hanya sementara. Jika Aliff bahagia dengan kehidupan seperti itu dan sudah bertemu pasangan yang serasi, teruskan," ujarnya.
Melalui tulisan panjang lebar di Instagram, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, membongkar tembelang Aliff yang dilaporkan curang. Kata Bella, dia sudah mula menghidu suaminya itu kembali dengan tabiat lamanya apabila berkelakuan lain.
"Apa yang saya alami anda semua memang tidak boleh bayangkan. Apabila saya paksa dia buka telefon, dia buka tapi pandai sudah padam perbualan dengan heroin itu. Jadi, saya bertindak telefon sendiri heroin tersebut jawapan dia kepada saya: "Ya Allah Bella tiada apa-apa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia, Via mahu cakap pada dia, kembali kepada Allah," jelasnya.
Malah, Bella turut mendedahkan bahawa Aliff sudah seminggu tidak pulang ke rumah. Khabarnya, Bella menerima tiga rakaman video dari seseorang yang menunjukkan Aliff bersama pelakon yang merujuk dirinya sebagai 'Via' sedang mabuk, berpelukan dan menari bersama Bella di sebuah kelab.
'Via' mendakwa dia tidak mabuk dan meminta pihak yang mendakwa demikian mengeluarkan bukti. Namun ia disangkal oleh Bella yang mempunyai bukti tiga rakaman video kelakuan Via dan suaminya.
Walaupun begitu, Bella masih belum mendedahkan rakaman video tersebut. Jika benar perkara ini, diharap Bella bersabar. Mungkin ada penerangan yang munasabah oleh Aliff Aziz mengenai perkara ini?
Untuk makluman, Bella dan Aliff yang berasal dari Singapura itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean pada 8 Julai 2017.
Rumah tangga mereka pernah berdepan kemelut pada Julai 2017 apabila Aliff dikaitkan dengan dakwaan mengasari isterinya yang masih berpantang, selain menjalin hubungan dengan adik kepada pelakon Anzalna iaitu pelakon Afifah Nasir.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Kosmo & Beautifulnara, Instagram Bella Astillah & Aliff Syukri
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment