02 February 2019

"LULUH JANTUNG LIHAT BAMBAM KAKU" - KUCING AISHAH MATI DILANGGAR


"Semalam (Khamis - 31.1.19) kami balik rumah, rupanya dia terlepas juga semasa boys (anak-anak Aishah) keluar. Malam tadi memang hati tak sedap, hampir pukul 4 pagi bangun dan turut panggil dia dan keluarga makanan dia.





"Tapi selalunya slepas dua hari dia pasti balik. Jadi kami tinggalkan saja makanan di luar rumah. Pagi ini (Jumaat - 1.1.19) jiran menelefon beritahu Bambam di langgar depan rumah jiran dua pintu dari kami.

"Luluh jantung ni, melihat Bambam ditepi jalan kaku tak bernyawa lagi. Allahu, Bambam tiada lagi, Bambam adalah sebahagian keluarga kami," demikian kata penyanyi Aishah.

Bekas juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu meluahkan rasa sayu apabila kucing kesayangannya, Bambam mati dipercayai dilanggar di kawasan perumahannya pada pagi Jumaat.

Klik untuk gambar besar


Aishah berkata, dia tak sanggup melihat keadaan Bambam yang sudah dianggap seperti keluarganya itu dalam keadaan kaku dan tidak bernyawa berada di tepi jalan.

Penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu turut berkongsi beberapa foto Bambam yang diambilnya sebelum kucing itu mati menerusi laman Instagram miliknya. Menurut Aishah, dia sudah menjaga Bambam sejak 2013 dan akan sentiasa mengikutinya ke mana sahaja.

Disebabkan Aishah tidak sampai hati untuk memandulkan kucingnya, dia hanya membiarkan haiwan kesayanganya itu berjalan-jalan di kawasan kejiranannya.



"Dari 2013 Bambam diberi pada kami, dia memang anggap I betul-betul mum (mak) dia, mana pergi je dia akan ikut. Bila Bambam dah besar mum tak sampai hati nak kasi Bambam.

"Jadi mum buat keputusan bagi Bambam keluar. Dan dia akan balik kelaparan dan mum akan selalu mandikan dia. Seblum ke hotel untuk persembahan, dia merayu-rayu minta keluar.

"Manja terlebih asyik-asyik tergolek asyik tergolek manja. Kami siap cakap pada Bambam kalau nak keluar lebih baik masa kami ada rumah, senang apa-apa hal kami boleh cari," ujarnya.



Dalam pada itu, Aishah reda pemergian Bambam yang dipanggil Adik dan berterima kasih kepada Allah yang meminjamkan kucing itu kepadanya selama enam tahun.

"Kini Bambam dah pergi, my baby. Sebelum ini bila kami panggil 'adik' dia menyahut. Itulah kehidupan, yang kita sayang Allah boleh ambil bila-bila masa saja.

"Jadi jangan ambil kesempatan pada sesuatu atau orang untuk kepentingan. Ucapkan kasih sayang kerana kita tak tahu bila ucapan kasih terakhir yang kita ungkapkan.

"Ya Allah, terima kasih meminjamkan Bambam kepada kami untuk enam tahun dengan kami. Semoga kita berjumpa di sana nanti," tuturnya.
















www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aishah Wan Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: