02 February 2019

SHARNAAZ: "CILAKA PERBUATAN MU PADA IBU, HARAM SEZARAH HIDU BAU SYURGA"


Pada Jumaat lalu, sebuah video nenek tua berusia 72 tahun menangis dalam keadaan kelaparan di Kota Tinggi, Johor telah tular di laman sosial dan ia turut mendapat perhatian selebriti tempatan.





Antaranya, pelakon Sharnaaz Ahmad yang memberi peringatan kepada pengikut di laman Instagramnya supaya sentiasa menjaga wanita bergelar ibu.

"Kita ada gf cantik, kita ada bini lawa.. tapi ingat ya kawan kawan ku sekalian.. cilaka perbuatan mu pada ibu mu, diharamkan sezarah kamu menghidu bau syurga..

"Dan beruntungnya kita yg dapat menikmati makan malam yg enak, berpinggankan 20-30 ribu nilainya, tetapi ingat, kuburnya tetap sama, tanahnya tetap sama, dan Soal kuburnya tetap sama..," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sharnaaz, 34, turut memuatnaik video yang memperlihatkan warga emas itu sedang menikmati hidangan di laman sosialnya pada Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Cinta Bukan Kristal' ini berkata, peringatan tersebut bukan sahaja untuk netizen di laman sosial namun untuk dirinya sendiri.

"Ini nota buat AKU SENDIRI.. pada yg lain moga jadi ingatan untuk sayang ibu anda jika masih bernafas.. kasih yg lain, pasti boleh bertukar ganti, tapi tidak kasih ibu dan ayah.. selamat malam.



"Buat anak ku @jebatjayden sayang dan hormatilah ibu mu, kerana tiada yg disayangnya lebih dari menyayangi mu setiap saat," tulisnya.

Menerusi laporan mStar Online pada Jumaat, individu yang memuatnaik video itu, Ahmad Afthdal memberitahu dia bertemu nenek tersebut ketika dalam perjalanan ke sebuah bank menghala ke bandar Kota Tinggi.'

Afthdal berkata dia terserempak dengan nenek itu dalam keadaan bertongkat dan berjalan seorang diri demi mencari sesuap nasi.

Bagaimanapun, Afthdal atau Adal memberitahu anak kepada warga emas itu telah menghubunginya untuk menjelaskan perkara sebenar.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: