27 February 2019

MASUK HOSPITAL - AMYRA TAK TOLAK DIKURNIAKAN REZEKI HAMIL LAGI


Selepas mengadu sakit perut pada pagi Selasa, pelakon Amyra Rosli telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court. Suaminya yang juga seorang pelakon, Amar Baharin, 34, berkata, Amyra berada dalam keadaan stabil namun masih dalam pemeriksaan pihak hospital.





"Pagi tadi (Selasa) saya bawa ke hospital selapas dia mangadu rasa tidak sedap perut. Sekarang masih menunggu keputusan pemeriksaan yang dijalankan pagi tadi (Selasa). Insya-Allah doakan semuannya baik," ujarnya.

Menerusi muatnaik semalam, Amyra berkongsi foto dia kini menjalani rawatan di hospital sehingga mengundang pertanyaan peminatnya.

Rata-rata mendoakan wanita itu cepat sembuh dan pulih seperti biasa. Ditanya sama ada pelakon drama 'Nur' itu hamil, Amar menafikan perkara berkenaan.

Klik untuk gambar besar


"Tidak, sakit perut dialami itu bukan sebab hamil. Kami masih menunggu keputusan darpada doktor," jelasnya.

Lebih setahun melahirkan anak sulung, Amyra Rosli mengakui yang dia sudah bersedia sekiranya diberikan rezeki untuk hamil semula.

Amyra atau nama penuhnya, Nur Amyra Izzati Rosli, 28, berkata, dia tidak pernah merancang soal anak, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan rezeki.

Memandangkan dirinya masih sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, 'Nur 2', ibu kepada Aqeef Anaqi itu berkata, ketika ini, dia mahu memberikan dulu fokus kepada kerjaya.



"Jika ditanya, memang saya sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak kedua, lagipun Anaqi sudah berusia setahun lebih.

"Nampaknya Tuhan masih belum memberikan rezeki itu, jadi saya fokuskan dulu kepada kerjaya. Ketika hamil Anaqi dulu, saya berehat agak lama kerana keadaan kesihatan kurang mengizinkan.

"Jika nanti ditakdirkan hamil semula dan tubuh saya kuat, tidak salah rasanya untuk saya terima tawaran kerja yang tidak terlalu berat. Namun, semua itu bergantung kepada keizinan suami," ujarnya.

Untuk makluman, Amyra dan Amar berkahein pada November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Berita Harian & Instagram Amyra Rosli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: