15 February 2019
MUATNAIK FOTO 'SEKSI' LAGI - AMELIA HENDERSON JADI BUALAN LUCAH
Nampaknya nama pelakon dan model, Amelia Henderson sekali lagi menjadi bualan apabila berkongsikan gambarnya dengan mengenakan baju dalam berwarna hitam pink.
Difahamkan, foto tersebut tersebut dimuatnaik bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaian dalam antarabangsa. Seperti sudah dijangka, gambar tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen termasuk komen nakal dan berbaur lucah.
Melihatkan banyak komen berbaur lucah terutama daripada netizen lelaki, ada segelintir wanita mengatakan sikap lelaki Malaysia sangat memalukan. Sesetengah netizen merasa bengang dan malu dengan sikap lelaki 'pervert'.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat pelakon yang mula popular menerusi drama 'Jangan Benci Cintaku' dan 'Pengantin 100 Hari' itu tidak sepatutnya memuatnaik gambar tersebut untuk tatapan umum. Ini bukan kali pertama gambar Amelia berkongsikan gambarnya berpakain seksi.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Amelia yang berdarah kacukan itu dikecam teruk oleh netizen gara-gara memuatnaik gambar panas dengan hanya mengenakan singlet hitam sempena menyambut hari kelahirannya yang ke-23.
Meskipun jarang kelihatan di kaca televisyen, Amelia rajin berkongsi foto terkini beliau di akaun Instagram termasuklah percutian beliau di luar negara.
Rasanya tidak salah kalau Amelia sekadar ingin mempromosikan sesuatu, namun mungkin lebih baik untuk menutup ruangan komen pada 'posting' berkenaan. Sekarang ini bukan semua orang mampu berfikir positif, sebab itu ada sahaja komen yang tidak sepatutnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Amelia Henderson
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment