15 February 2019

ISU KELAB MALAM BUATNYA MATANG - ISMAIL IZZANI PESAN BERHATI-HATI


"Sebagai selebriti memang akan ramai yang mencari salah kita. Walaupun saya sendiri pernah mengalaminya namun pada masa hadapan saya sendiri tidak tahu apa pula orang akan cari kesalahan saya. Apa boleh saya kongsi, mereka perlu lebih berhati-hati memilih rakan dan mempercayai orang di sekeliling.





"Sebelum ini saya tidak matang dan selalu berfikir pergi kelab malam itu satu-satunya cara untuk berseronok,” kata penyanyi Ismail Izzani yang sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi panas iaitu isu kelab malam.

Penyanyi lagu 'Bidadari' itu memberitahu yang dia terkesan dan memahami apa yang dilalui rakan sesama artis kini yang terlibat dengan pendedahan foto mesra dan telah membuat pesanan buat buat mereka.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Ismail mengakui sering memilih kelab malam untuk mencari keseronokkan dunia namun setelah insiden yang berlaku tempoh hari telah mematangkan dirinya sehingga kini.

Terdahulu, Ismail dikecam teruk apabila gambar beliau berpelukkan dengan Zarina Anjoulie di kelab malam tersebar. Malah Zarina turut mendakwa Ismail berhutang dengannya gara-gara menyewa bilik hotel pada malam itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: