15 February 2019

BUMI BULAT SFERA - SUHAIMI SAAD CABAR ANGKASAWAN BERSUMPAH


Sebelum ini, bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad telah dibidas oleh seorang wanita yang juga merupakan seorang doktor telah membidas serta dikecam teruk oleh netizen berhubung kenyataannya mengenai saiz matahari dan bulan hampir sama besar.





Biarlah dikecam netizen, suami kepada Ina Naim itu masih ingin teguh dengan kenyataan beliau. Namun nampaknya kini Suhaimi sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencabar angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi itu bulat sfera.

Ujarya lagi, jika angkasawan negara itu berani berbuat demikian, dia akan berhenti untuk membuat kajian berhubung hal tersebut dan akan menolong untuk berdakwah kepada golongan 'flat earth' yang percaya bahawa bumi ini sebenarnya rata.

Suhaimi juga turut meminta netizen untuk menunjukkannya dimana langit dunia seperti yang disebutkan di dalam surah Al-Mulk.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Suhaimi memberitahu dia tidak teragak-agak untuk menyekat dan memadam komen netizen berhubung isu tersebut, malah turut manyamakan haters dengan lembu serta melabel mereka sebagai munafiq dan orang bodoh.

Rata-rata netizen menganggap Suhaimi terlalu egois untuk menerima segala ilmu sains yang ada dan kini mahu pula menegakkan ideologi beliau yang merapu.

Suhaimi dikenali sebagai antara ibu bapa yang menolak vaksin dan tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah. Lebih selesa untuk mengajar sendiri anaknya di rumah sahaja.

Terdahulu, Suhaimi Saad dikecam teruk kerana tidak menghantar anak ke sekolah. Malah Suhaimi juga pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan membuang ubat hospital.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: