15 February 2019
"ALHAMDULILLAH...." LANA NODIN BERSYUKUR ANAK KEDUA SELAMAT DIBEDAH
"Alhamdulillah anak saya selamat dan tiada komplikasi lain. Terima semua yang prihatin, anak saya selamat kerana doa-doa kalian. Pembedahan dilakukan dalam tempoh kurang sejam.
"Bagaimanapun sebelum pembedahan doktor memberitahu terdapat risiko yang sama untuk jantungnya terhenti ketika pembedahan seperti mana percubaan kali pertama sebelum ini.
"Namun, doktor kata anak saya kuat dan dia selamat. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang tidak henti memberi sokongan kepada saya," ujar pelakon Lana Nodin dalam InstaStory miliknya baru-baru ini.
Beliau meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya, William Daud McKienzie yang berusia dua bulan itu selamat menjalani pembedahan akibat masalah injap jantung sempit (aortic stenosis) di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.
Lana menerusi InstaStory miliknya dilihat gagal mengawal emosi apabila diberitahu doktor anaknya selamat menjalani pembedahan dan tiada komplikasi jantung.
Klik untuk gambar besar
William atau dipanggil Billy itu menjalani pembedahan pada pukul 4.20 petang semalam. Selepas pembedahan dia ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditukarkan ke wad biasa hari ini.
Terdahulu, Lana berdepan detik cemas apabila jantung William terhenti selama 10 minit sebelum prosedur pembedahan dilakukan.
Pembedahan yang dinamakan prosedur 'baloon valvuloplasty' itu perlu dilakukan untuk mengelak anaknya mengalami jantung bengkak ketika meningkat dewasa.
Untuk makluman, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 39, mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckienzie pada 15 Mei 2015. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Gia Quinn McKienzie yang berusia dua tahun.
Sementara itu, pelakon Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza dilihat sebak juga baca cerita pasangan itu di satu entri di laman Instagram. Menurut Norman, dia dan isteri tidak pernah berhubung atau berjumpa Lana dan suami.
"Yup kitaorang mmg tak pernah berhubung atau lepak sekali.Tapi ni semua perancanganNya. Masa balik dari malam pencalonan #AME19 2 hari lepas, kitaorang tertengok video Live Lana Nodin.Terus baju basah kesan nangis 'berjemaah'," tulis Norman.
Katanya, dalam kesibukan mereka berhiaskan anak sebagai calon Anugerah Meletop, di sebaliknya ada pasangan yang tengah berjuang dan berperang emosi dan perasaan demi nyawa seorang anak.
"Terus saya cakap dengan isteri kebetulan 2 hari lagi rutin nak kena ambik ubat ayah kat IJN, kita pasanglah niat mintak dipermudahkan dapat melawat anak pasangan David McKienzie dan Lana Nodin.
"Sahih kata guru saya 'Allah sentiasa menurut sangkaan hambaNya', baru dua tiga langkah masuk IJN,terus Allah tunjuk pasangan ni depan mata.
"Saya menggigil dan beremang bulu roma dengan kuasa Allah ni. Saya panggil,diorang toleh kitaorang tak tunggu lama dan tak cakap apa, wifey terus peluk Lana dan saya terus peluk David," cerita Norman.
Tambah Norman lagi, mereka dapat kesempatan melawat anak kedua David dan Lana, William, serta makan tengah hari bersama-sama.
"Saya mohon sahabat2 yg ada di sini sama2 mendoakan atas nama penuh William Daud McKienzie, baby kecil berusia 2 bulan kesayangan David dan Lana supaya terus dipermudahkan menjalani ujian ini," tulis Norman lagi.
www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Astro Gempak & Instagram Melodi & Norman Hakim
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment