16 February 2019
DITUDUH GUNA 'MAK ESAH' (BOMOH) - MISHA OMAR BERI TEMPOH 7 HARI
Semua mengetahui Misha Omar baru-baru ini telah memenangi Vokal Terbaik dan lagu nyanyiannya 'Sampai Bila' turut mendapat tampat ketiga di Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33).
Namun nampaknya ada pihak yang tidak senang di atas kejayaan yang diperoleh Misha sehingga ada pihak yang menfitnahnya menggunakan sihir untuk menang.
Susulan tuduhan itu, Misha membuat laporan polis kerana fitnah tersebut menjejaskan reputasinya sebagai penyanyi. Menurut Misha, pada awalnya dia hanya menggangap ianya satu gurauan, namun perkara itu semakin lama menjadi serius.
"Pada awalnya saya hanya ketawa sahaja apabila membaca komen orang menuduh saya menggunakan khidmat 'Mak Esah' (bomoh) untuk menang AJL.
Klik untuk gambar besar
"Tetapi lama-kelamaan ia semakin menjadi seirus sampai ada rakan-rakan dan peminat bertanya akan hal itu walaupun sekadar gurauan. Atas sebaba itu, saya rasa bertanggungjawab dan mencari kebenaran untuk diri sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Misha memberi tempoh selama tujuh hari kepada kesemua individu tersebut untuk tampil membuat permohonan maaf, namun jika enggan berbuat demikian pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.
"Saya teringin untuk bertentang mata dengan pelaku-pelaki terbabit selain ingin tahu apa salah saya kepada mereka dan dari mana mereka dapat cerita saya guna shir dan khurafat?
"Saya bukan nak minta ganti rugi atau saman tapi cukup kita bertemu untuk meminta maaf dan saya akan maafkan tanpa bersyarat juga. Pun begitu kalau dalam tempoh ini tiada seorang pun yang tampil maka akan adalah tindakan selanjutnya," jelasnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment