16 February 2019

DAKWAAN 'KAHWINI' GADIS UKRAINE - INI RESPON ZUL ARIFFIN


"Orang di luar sudah boleh berfikirlah. Saya tak perlu buat kenyataan rasmi berkenaan perkara itu. Saya tak tahu nak kata apa, mungkin macam sesetengah orang di Malaysia yang menggunakan panggilan tertentu dalam satu perhubungan. Sayang, baby, you, I.





"Orang nak gelar apa pun suka hati dialah," ulas pelakon Zul Ariffin yang enggan membuat kenyataan rasmi berhubung status hubungannya dengan wanita Ukraine, Tanya Glembotska yang pernah dikaitkan dengannya sejak tahun lalu.

Setelah lama mengunci mulut mengenai kontroversi berkahwin dengan gadis Ukraine, Zul tampil mengulas. Tidak menafikan mahupun juga tidak mengiyakan, Zul meminta agar peminat mengandaikan saja hubungan mereka.

Jelas Zul, segalanya sudah jelas di mata orang awam sejak skandal hubungannya dengan wanita terbabit didedahkan netizen satu persatu.

Klik untuk gambar besar


Zul ketika ditemui pada majlis pratonton filem 'Misteri Dilaila' di e@Curve Damansara malam kelmarin itu menganggap gelaran 'husband' yang ditulis Tanya di laman Instagramnya hanyalah atas dasar panggilan manja.

Hubungan rapat antara Zul dan Tanya mula dihidu netizen menerusi persamaan kemas kini foto sejak pelakon itu berkunjung ke Phuket, Thailand tahun lalu.

Gadis itu juga difahamkan telah mencacah tatu tertulis nama 'Zul' di jari tangannya. Manakala, baru-baru ini juga foto-foto terbaharu mereka kembali tular menerusi pembongkaran tanpa lelah netizen.

Akaun wanita itu juga turut diserang peminat fanatik Zul hingga pemiliknya memadamkan hampir kebanyakan gambar yang dimuat naik dan menyelar kembali tindakan netizen Malaysia yang bertindak agresif.



Secara tuntas kata Zul, dia tidak akan menafikan hubungan mereka dan mengandaikan masyarakat sudah boleh menilai sendiri berdasarkan apa yang mereka lihat.

"Saya tak nak cakap dia syok sendiri. Apa yang saya boleh cakap, saya tak nak denied this and that, orang kat luar boleh menelah perkara itu tetapi apa yang ada sudah cukup jelas.

"Anda tak akan dapat sebarang kenyataan rasmi daripada saya. Apa yang anda tengok, anda pun tahu. Sudah ada di situ, jadi tengoklah!" ujarnya.

Zul bakal muncul menerusi filem thriller seram 'Misteri Dilaila' bergandingan dengan Elizabeth Tan dan Sasqia Dahuri. Filem arahan Syafiq Yusof itu bakal ditayangkan pada 21 Februari 2019.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: