16 February 2019
SUHAIMI SAAD: "MUNGKIN DOKTOR TAK BERAPA JELAS APA MAKSUD SUMPAH"
Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad menerusi Facebook miliknya telah mencabar angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi itu bulat sfera.
Kecoh di media sosial dengan perdebatan dan keraguan segelintir pihak mengenai bentuk bumi sama ada rata atau bulat sfera yang mula dicetuskan oleh Suhaimi.
Susulan isu tersebut, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah tampil memberi penjelasan lanjut beserta dengan fakta sebenar mengenai bentuk bumi.
Ia juga berdasarkan pengalaman beliau semasa di angkasa lepas serta apa yang beliau lihat dengan mata sendiri. Namun, Dr Sheikh akui beliau tidak mampu mengubah pandangan dan pemikiran golongan 'flat earth' tegar.
Klik untuk gambar besar
Menurutnya, sebagai angkasawan Islam kesembilan yang menerokai angkasa lepas, hatinya terdetik untuk menjawab mengenai persoalan tersebut.
"Bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, berbentuk geosfera. Tidak seperti bola tetapi seakan-akan bentuk telur. Setiap manusia perlu ke angkasa lepas sekiranya mempunyai peluang.
"Pastinya kunjungan anda ke angkasa lepas akan mengubah perspektif anda tehadap kehidupan secara keseluruhannya. Anda pastinya akan percaya dengan ciptaan-Nya. Pengalaman tersebut sangatlah memukau dan menakjubkan.
"Sukar untuk mengubah persepsi mereka golongan 'flat earth'. Tetapi apa yang saya kongsikan adalah pengalaman saya dan apa yang saya lihat. Dengan nama Allah semua ini datang dari hati saya," tulisnya.
Bagaimanapun, Suhaimi Saad mendakwa angkasawan negara itu tidak menyahut cabarannya untuk bersumpah mengatakan bumi ini berbentuk sfera. Ujarnya lagi, Dr Sheikh hanya menyebut lafaz zikir apabila menegaskan bahawa bumi ini memang berbentuk sfera.
Menurut Suhaimi, beliau kecewa kerana Dr Sheikh hanya sekadar memberikan respon dan bukannya bersumpah seperti yang diminta sebelum ini. Oleh itu, beliau tidak akan berhenti membuat 'kajian' mengenai bentuk bumi ataupun membantu berdakwah untuk golongan 'flat earth' yang begitu mempercayau bumi itu adalah rata.
"DAH ADA RESPON. Alhamdulillah.. Pagi ni (pagi semalam - 15 Februari 2019) Dr dah respon. Cuma.. Mungkin doktor tak berapa jelas apa yang ss maksudkan dengan sumpah. Walaupun sebenarnya saya dah tulis dengan jelas.
"Masya Allah.. SubhanAllah dan In the name of Allah bukanlah lafaz sumpah itu zikir biasa. Takpalah. SS cuma cabar sahaja. SS tak paksa pun Dr sumpah. Mungkin Dr tak suka bersumpah. #husnuzon.
"Apapun, terima kasih Dr ya sebab sudi respon. Tapi tak dapat la SS hentikan kajian dan tolong dakwahkan geng FE tu. Jangan marah ya netizen," katanya.
Kami tidak pasti ilmu apa yang saudara Suhaimi pelajari sehingga angkasawan yang mengikuti misi selama 12 hari di angkasa lepas memberitahu fakta sebenar pun beliau tidak boleh terima. Tidak mengapalah, yang penting segalanya sudah dijelaskan dan terpulang jika hendak percaya ataupun sebaliknya.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Beautifulnara, Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Suhaimi Saad
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment