16 February 2019

VIDEO: BERAKSI 'MESRA' MACAM 'SUAMI ISTERI' - FASHA & AIDIL DIKECAM


Nampaknya pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang bakal bernikah pada Mac nanti itu dilihat begitu terbuka mempamerkan kemesraan dan sisi romantik mereka.





Semakin kerap menunjukkan aksi manja bersama, sesetengah netizen mula merasa malu dengan lagak Fasha dan Aidil yang ibarat 'suami dan isteri' dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh pelakon wanita itu di akaun Instagramnya semalam.

Kedudukan wajah antara Fasha dan Aidil yang agak rapat membuatkan mereka seakan hampir bercumbu. Disebalik kecaman yang diterima, ada pula netizen yang mendakwa pasangan ini sudah bernikah secara senyap.

Biasalah bila cinta sedang hangat membara pastinya rasa bahagia itu hendak dikongsikan juga bersama orang lain. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka dan semoga segala persiapan pernikahan mereka berjalan lancar. Tak ada lah netizen nak kecam lagi ye dak?

Klik untuk gambar besar





KLIK LIK INI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Cameo X & Instagram Fasha Sansha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: