16 February 2019

"SIMPULKAN DSITU BAHAWA SUDAH 'MOVE ON' SEBENARNYA" - SUFIAN


"Tidak semua gambar itu betul. Kalau dilihat secara rasionalnya, gambar-gambar yang ada seperti orang biasa yang keluar berdua dan setiap gambar sebenarnya ada penjelasan.





"Kalau nak diperjelaskan mengenai satu tiket yang sebenarnya kita berenam ke Bali. Tetapi dua tiket yang keluar sebab saya minta tolong dia cetakkan tiket tersebut.

"Gambar-gambar semua adalah gambar lama yang dah disimpan, dan gambar itu dikeluarkan ketika nama Sufian Suhaimi disebut-sebut," demikian kata penyanyi Sufian Suhaimi yang memberitahu tidak semua gambar yang tersebar itu betul dan setiap gambar ada penjelasannya.

Sejak memenangi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) yang yang berlangsung pada 3 Februari lalu, nama Sufian menjadi buah mulut orang ramai.

Klik untuk gambar besar


Konsep pelamin yang dibawakan oleh Sufian ketika mendendangkan lagu 'Di Matamu' itu benar-benar memberi kesan di hati peminat. Selepas cerita tersebut, muncul pula gambar Sufian dengan seorang wanita yang hangat diperkatakan netizen.

MHE TV bertemu Sufian untuk dapatkan penjelasan sebenar tentang gambar dan hubungan sebenar dengan wanita terbabit. Sufian yang dilihat tidak mudah melatah dengan gosip tersebut berkata foto tersebar itu adalah gambar-gambar lama.

Dalam pada itu, Sufian menjelaskan hubungannya dengan wanita tersebut hanya sekadar teman biasa. Ujarnya lagi, tersebarnya gambar tersebut sekaligus membuktikan dirinya sudah move on dari kisah putus tunangnya.

"Kami sekadar berkawan dan kalau kita dapat lihat dari gambar-gambar itu mungkin kita boleh simpulkan disitu bahawa Sufian Suhimi sudah move on sebenarnya. Orang-orang yang masih tag nama-nama tertentu dekat gambar-gambar tertentu mereka yang ini yang tak move on," jelasnya lagi.





ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTO VIDEO



www.myartis.com / Sumber: MHETV, Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Sufian Suhaimi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: