13 February 2019

NAZIM OTHMAN: "JANGAN MENGATA SANGAT, TAKUT DOSA LAGI TERUK"


Menerusi laman Instagram baru-baru ini, pelakon Nazim Othman telah memuatnaik foto mengimbas kembali ketika dia menjalani rawatan dan pembedahan empat tahun lalu apabila dirinya berdepan episod hitam iaitu menghidap tumor otak.





Melihat pada perkongsian tersebut, Nazim memberitahu dunianya bertukar gelap serta merta apabila diberitahu tentang ketumbuhan otak yang dihadapinya. Namun, dia memanjatkan kesyukuran kerana Allah memakbulkan doanya dan dia kini sudah sembuh sepenuhnya.

"2015: Still remember this? Masa doktor bagitau that I had a brain tumor, my world bertukar menjadi gerhana dengan serta merta. Takut, sedih, kecewa, pilu dan macam2 lagi menyelubungi hidup buat seketika. I redha but I refused to give up.

"After 3 hours of surgery, 14 days of hospitalisation and 100% determination to survive, Alhamdulillah, Allah makbulkan doa I. I'm a survivor. You don't know how brave you are until being brave is all you got.

"Jangan ambil mudah tentang insurans/perlindungan takaful, get yourself protected and financially prepared. #janjikita #prubsn #prubsnanugerahplus," demikian tulis Nazim di IG.

Klik untuk gambar besar


Diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kekuatannya dan memuji Nazim bahawa beliau sememangnya seorang pejuang. Kata netizen lagi bukan mudah untuk berada di tempatnya.

Bagaimanapun, ada beberapa komen negatif daripada netizen yang mendapat perhatian Nazim. Tidak hanya mendiamkan diri, Nazim bertindak membalas kata-kata biadap netizen itu.

Malah, pengikut-pengikutnya turut mengecam komen biadap netizen tersebut yang disifatkan melampau. Peminatnya turut menasihati Nazim untuk tidak menghiraukan komen negatif tersebut dan terus pandang ke hadapan.

Apapun, Nazim sememangnya mempunyai semangat juang yang tinggi untuk kembali pulih. Diharap perkongsian Nazim ini sedikit sebanyak dapat dijadikan inspirasi mereka diluar sana untuk tidak patah semangat dalam menghadapi apa jua perkara.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Nazim Othman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: