10 February 2019

PADAM FOTO & UNFOLLOW - EMMA MAEMBONG & SYED ABDULLAH PUTUS?


Pada hujung bulan lalu, nama Emma Maembong menjadi perbualan hangat di media sosial apabila gambar mesranya tidak bertudung disisi abang kepada Menetri Belia dan Sukan, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah.





Beberapa hari kemudian pula, pelakon berdarah kacukan itu telah mengejutkan peminatnya lagi apabila mengesahkan dia tidak lagi bertudung.

Nampaknya, kontroversi yang melanda mungkin memberi kesan kepada hubungan mereka apabila Emma dilihat memadam semua gambarnya bersama Syed di laman Instagram miliknya. Hasil carian juga mendapat Emma juga tidak lagi mengikuti Syed Abdullah di media sosial tersebut.

Klik untuk gambar besar


Malah, Syed Abdullah juga tidak lagi mengikuti Emma di laman Instagram miliknya. Namun, gambar mereka bersama masih lagi boleh dilihat di akaun Instagram Syed.

Terdahulu, susulan Emma membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab, akaun sosial Syed Abdullah pula diserang netizen yang mendakwanya sebagai punca.

Ramai mendakwa sejak perkenalan Syed bersama Emma membuatkan pelakon itu lebih liar sehingga nekad membuat keputusan untuk membuka tudung. Bagaimanapun, Syed memberitahu dia menerima segala tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai cabaran.




www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: