10 February 2019

PENGIKUT INSTAGRAM SUFIAN SUHAIMI CATAT 1 JUTA


Menerusi laman Instagram, penyanyi Sufian Suhaimi baru-baru ini telah berkongsi berita gembira dengan memuatnaik sekeping foto dirinya bersama sekuntum bunga ros sebagai tanda penghargaan kepada pengikut yang selama ini memberi sokongan kepadanya.





Ini kerana laman Instagram milik pelantun lagu 'Di Matamu' itu mencatat rekod baharu apabila pengikutnya kini sudah mencecah seramai 1 juta: "1M followers appreciation post (Posting penghargaan 1 juta pengikut)".

Penyanyi berusia 32 tahun ini turut berharap agar platform media sosial itu dapat menjadi pengikat silaturahim antara dirinya dan peminat dengan lebih baik.

"Selamat datang kepada pengikut baharu. Semoga kita dapat merapatkan ukhuwah dan sentiasa menggunakan perkataan yang baik-baik di ruangan komen," katanya.

Peningkatan jumlah pengikut Sufian dipercayai ekoran kemenangannya merangkul Persembahan Terbaik menerusi lagu 'Di Matamu' pada Anugerah Juara Lagu 33 yang berlangsung 3 Februari lalu.

Klik untuk gambar besar


Bahkan, video rakaman persembahannya pada malam itu juga mencatatkan lebih 5.3 juta tontonan dalam tempoh lima hari sahaja selepas dimuat naik di YouTube.

Sekali gus, rekod itu mengalahkan rekod lagu 'Haram' nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah yang merupakan juara pada malam itu apabila hanya sekadar mencatatkan 1.3 juta tontonan di YouTube.

Persembahan Sufian pada malam itu mencetuskan kontroversi apabila konsep dia dikatakan mengetengahkan rekaan pelamin mirip bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy.

Bagaimanapun, Sufian menafikan penceritaan yang disampaikan menerusi persembahannya pada malam itu mempunyai kaitan dengan kisah bekas tunangnya.






www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: