18 February 2019
PENJELASAN MUFTI WP - SUHAIMI SAAD TAK PERCAYA, PEGANG FATWA ULAMA ARAB SAUDI
Sejak minggu lalu, isu 'flat earth' yang ditimbulkan oleh bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad itu menjadi topik perbualan hangat. Ramai netizen yang menghentam penyanyi ini kerana enggan mempercayai sumpah angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar yang telah memberikan penjelasan secara saintifik.
Terbaru, isu ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan (WP) iaitu Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Sekiranya penjelasan secara saintifik tidak dapat diterima oleh Suhaimi, sudah pasti penerangan secara agama oleh Mufti WP ini dapat menghilangkan segala kecelaruan minda Suhaimi ini.
Memang panjang lebar, penuh dalil dan rujukan daripada ulama-ulama terdahulu. Senang kata, kita manusia yang normal ini kalau baca memang akan percaya 100% dan tidak mempertikaikan penerangan Dato' Seri Dr. Zulkifli. Penjelasan penuh boleh baca di sini.
Klik untuk gambar besar
Namun begitu, suami kepada Ina Naim itu bukanlah seorang yang mempunyai pemikiran seperti kita. Pemikirannya melangkaui masa, ruang dan objek. Enggan menerima penjelasan Mufti WP, Suhaimi di dalam status Facebooknya memaklumkan yang dia lebih cenderung untuk percaya penjelasan bekas mufti Arab Saudi. Menurutnya, ulama-ulama ini adalah lebih alim dan lebih arif di dalam bab 'flat earth' ini.
Apa yang lebih menarik untuk dibaca ialah komen para netizen yang menghentam pendirian Suhaimi. Salah satu komen yang menarik perhatian ialah sikap Suhaimi yang memilih-memilih fatwa sedangkan ada fatwa bekas mufti Arab Saudi ini yang mengharamkan perbuatannya. Jika Suhaimi membaca komen tersebut, pasti hatinya pedih dengan kata-kata tersebut.
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment