18 February 2019
PERTAMA KALI KENA SERANGAN - AR BADUL MASUK IJN, KINI STABIL
Selepas mengadu sakit dada dan badannya berpeluh di kediamannya, pengarah, pelakon dan penerbit popular, AR Badul, 70, telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU) di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam empat petang, semalam.
Difahamkan, Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 70, mengalami serangan jantung ketika menyiapkan skrip dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas Zuhur.
Isteri kepada Badul iaitu Maizatul Akma Osman, 39, yang mengesahkan perkara berkenaan, memberitahu bahawa serangan tersebut merupakan kali pertama dialami suaminya itu.
"Badul tidak ada sejarah sakit jantung atau penyakit lain. Dia kena serangan itu mengejut di rumah apabila badannya secara tiba-tiba berpeluh dan meminta untuk dibawakan ke klinik.
"Namun, saya terus membawanya ke bahagian kecemasan HKL kemudian dia dirujuk ke IJN untuk menjalani pembedahan minor. Satu prosedur sudah dilakukan kepada beliau dan ada satu lagi menyusul.
Klik untuk gambar besar
"Namun, saya bersyukur, dia masih stabil. Saya harap tidak ada apa-apa yang membimbangkan... Insya-Allah," jelasnya turut berkata, sebelum ini, Badul yang sedang dipantau selama 48 jam, tidak menunjukkan tanda-tanda sakit jantung.
Dalam masa sama, isteri Badul memberitahu suaminya itu menjalani pembedahan membuka salur darah jantung yang tersumbat dan kini berada dalam keadaan stabil.
Katanya, doktor menempatkan suaminya di wad Unit Rawatan Koronari (CCU) untuk pemantauan sebelum dipindahkan ke wad biasa.
"Doktor sudah memasang dua ring jantung (stent) bagi melebarkan salur darah. Ini kali pertama dia kena serangan jantung, buat masa sekarang kami hanya mengikut prosedur yang diaturkan pihak IJN," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Kosmo & mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment