18 February 2019

"DOAKAN MAMA EYA SELAMAT" - JEP MAKLUM BAYI DALAM KANDUNGAN TAK BERGERAK


"Minggu lepas abah bawa eya teman mama pergi hospital nak tengok adik. Adik Eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik Eya tak bergerak lagi dah 😔😢.





"Doakan mama eya selamat operation harini ya. @sariyanti @dariyainaraofficial ❤️," demikian kata pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu menerusi laman Instagram yang memberitahu berita sedih kepada peminat mereka.

Tiada angin tiada ribut, Jep memaklumkan isterinya, pelakon Sari Yanti bakal menjalani pembedahan apabila anak kedua mereka yang berada dalam kandungan yang kini berusia 3 bulan itu sudah tidak bergerak lagi.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Jep juga memohon doa dari peminat semua agar proses pembedahan yang akan diadakan hari ini berjalan dengan lancar.

Melihat pada ruangan komen pula, ramai meninggalkan komen mendoakan pasangan ini agar segala urusan dipermudahkan. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman, mengalami keguguran dalam perut seperti Sari.

Takziah diucapkan buat Jep dan Sari, semoga urusan pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat segalanya. Harapnya Jep dan Sari tabah mengharungi dugaan yang diberikan kali ini.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Jep Sepahtu & Sari Yanti


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: