22 February 2019

SAMBUT BIRTHDAY KE-31 - PEMINAT DOAKAN TERBAIK BUAT MIA AHMAD & SUAMI


Menerusi laman Instagram, pelakon, Mia Ahmad telah berkongsi sebuah video momen manis dimana suaminya, penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan menyambut hari jadinya dengan cara yang paling simple tetapi romantik.





Video tersebut merakamkan Izham menyanyikan lagu 'Happy Birthday' manakala Mia sedang duduk berhadapan sebiji kek yang dihiasi oleh kelopak bunga mawar merah disekelilingnya.

"I am another year older, wiser and more grateful. Thank you Allah. ❤️ #22288 #feb22 #tigaplohsatu," tulisnya secara ringkas.

Klik untuk gambar besar


Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Mia turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada pasangan berkenaan.

Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi dan Izham berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September 2018.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mia Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: