22 February 2019

ISU 'MAK ESAH': HUBUNGAN DENGAN SITI SARAH - INI PENJELASAN MISHA OMAR


Berhubung isu individu yang menabur fitnah dan menuduh dirinya menggunakan 'mak esah' atau ilmu sihir untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33), penyanyi Misha Omar mengakui tidak mempunyai sebarang masalah dengan isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu, Siti Sarah





Menurut Misha, walaupun individu yang tampil memohon maaf itu adalah daripada wakil kelab peminat Sarah namun hubungan mereka tiada apa-apa masalah.

"Sebenarnya isu ini melibatkan individu itu sendiri dan ia tidak melibatkan sebarang persatuan yang dia wakili. Mereka sendiri mengakui komen yang dimuat naik tidak mewakili mana-mana orang atau kelab peminat sebaliknya adalah membabitkan diri mereka sendiri.

"Buat apa saya nak ada masalah dengan Sarah sedangkan bukan dia yang buat masalah tapi individu itu sendiri. Kami tetap berkawan malah bakal menjayakan Konsert Soul Sisters pada awal April depan.

Klik untuk gambar besar


"Mungkin isu ini akan jadi benda yang kami ketawa dan bualkan bersama serta saya berharap agar hubungan baik kami akan terus kekal selamanya," katanya.

Misha berkata demikian ketika ditemui di sidang media tergempar di KL Eco City Mall, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Turut hadir bersama Misha ialah wakil peguam Abi Mursyidin Awal dan Ahmad Fuad Hasim dari Amelda Fuad Abi & Aidil. Dua individu yang tampil memohon maaf adalah Ahmad Azhar Azizi dan Fairuz Azwan turut tampil pada sidang media ini.

Sebelum ini, Misha membuat laporan polis terhadap sesetengah individu yang menaburkan fitnah dan menuduh dirinya menggunakan 'mak esah' atau ilmu sihir untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) menerusi lagu 'Sampai Bila'.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Misha Omar & Siti Sarah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: