13 February 2019

"SAYA SEBENARNYA TAK INGIN TERLIBAT" - KAMAL MOHON BERI EMMA RUANG


Merasakan dia tidak perlu terlibat dengan isu kontroversi panas aktres Emma Maembong, pelakon Kamal Adli berkata yang dia tidak mengetahui kenapa Emma bertindak mengambil keputusan untuk kembali membuka tudung.





"Saya sebenarnya tidak ingin terlibat kerana tidak sepatutnya saya berada dalam isu ini. Mungkin dekat antara saya dengan isu tersebut oleh sebab itu nama saya dikaitkan. Saya tidak berani nak campur tetapi saya mendoakan yang baik-baik untuknya," katanya kepada Gempak.

Tambah Juara Super Spontan Superstar 2017 ini, dia memohon kepada netizen untuk memberi ruang kepada Emma.

"Kepada netizen di luar sana, saya memohon untuk memberi ruang kepadanya. Saya sendiri tidak tahu menahu kenapa dia bertindak sebegitu. Mungkin dia ada alasan tersendiri, itu antara dirinya dengan Allah. Saya tidak tahu apa-apa kerana tidak diberitahu.

Klik untuk gambar besar


"Mungkin ada perkara yang dipendam tetapi tidak difahami oleh orang lain. Itu keputusan dia. Memang itu adalah satu isu yang besar tetapi perkara itu jadi bersebab. Sebab itu ada pada dirinya, kita tidak tahu kenapa," tuturnya lagi yang tercalon dalam kategori Hos Meletop dan Artis Lawak Meletop.

Untuk info, Anegerah MeleTop Era 2019 (AME 2019) akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Group/Duo Meletop, Hos Meletop, Drama Meletop, Pelakon Meletop, Program Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop, Artis Baharu Meletop, Artis Lawak Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop, Si Cilik Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Kamal Adli & Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: