13 February 2019
ERUL AF9 TAK KISAH DIGELAR 'PONDAN' - BEBY MAEMBONG TAMPIL BERSUARA
Bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke9 (AF9) iaitu Erul baru-baru ini telah terlibat menerusi aktiviti senaman tarian BebyDollz Salsation, namun perkara itu telah mengundang kecaman netizen sehingga ada menggelarnya seorang pondan.
Netizen turut mempersoalkan tindakan Erul yang dilihat memakai bengkung ketika melakukan aktiviti itu kerana merasakan ia tidak sesuai untuk lelaki sepertinya.
Pun begitu, Erul atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin Abu Samah, 28, berkata, dia tidak kisah dengan kritikan netizen terhadapnya kerana apa yang dilakukan bukanlah satu kesalahan.
Jelasnya, individu yang berfikiran bahawa lelaki tidak boleh menyertai aktiviti zumba atau memakai bengkung seharusnya melihat kembali kepada diri sendiri kerana itu adalah usaha dia dalam menjaga kesihatan dirinya.
"Saya tak rasa apa-apapun apabila baca orang kata saya pondan hanya kerana saya pakai bengkung dan melakukan aktivi zumba.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya pada saya mudah... Ia tiada kena mengena dengan pondan ke, gay ke, apa ke kerana itu adalah salah satu aktivi untuk menjaga kesihatan.
"Ramai sebenarnya lelaki yang turut memakai bengkung untuk mendapat bentuk tubuh menarik sekaligus sebagai salah satu langkah menurunkan berat badan," katanya.
Dalam pada itu, Erul berkata, dia sudah menggunakan bengkung selama beberapa bulan dan gembira dengan hasilnya apabila dia berjaya mengurangkan berat badan hampir sembilan kilogram.
"Mungkin yang bercakap itu dengki sebab mereka tidak menjaga berat badan dan kesihatan mereka. Tidak apalah, harap-harap mereka ada kesedaran untuk mengubah cara hidup lebih sihat.
Saya sendiri pernah mengalami masalah berat badan dan aktiviti zumba dan pemakaian bengkung nampaknya sesuai dan saya akan teruskan," jelasnya.
Sementara itu, penganjur aktiviti tersebut, Beby Maembong berkata, masyarakat seharusnya mengubah pemikiran terhadap aktiviti sedemikian sebaliknya melihat kepada kebaikan yang cuba ditonjolkan.
Beby yang juga dikenali sebagai 'Mermaid Malaysia' memberitahu, dia tampil dengan idea mengenengahkan pemakaian bengkung dalam aktivi senaman itu sebagai kelainan idea menarik minat orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah secara kreatif.
"Kebiasaannya kalau kita lihat, orang memakai baju sauna ketika bersenam... Saya ingin ubah budaya itu dnegan mengenengahkan pemakaian bengkung menerusi aktiviti senaman zumba.
"Melaluinya, saya ingin menyampaikan mesej bahawa pemakaian bengkung dengan 16 tetulang ketika bersenam bukan saja selesa tapi juga selamat digunakan.
"Selain itu, kita juga ingin melihat sejauh mana efektifnya pemakaian bengkung ketika bersenam. Adakah ukuran pinggang peserta akan mengecil beberapa inci," ujarnya yang juga mengeluarkan produk bengkung Slimdollz.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Erul Samah & Beby Maembong
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment