17 February 2019

"SEMOGA KEMBALI WAHAI SAHABAT JIWA" - SHARNAAZ BERI 'BAYANGAN'?


Sejak kebelakangan ini, bertiup kencang khabar angin mengatakan rumah tangga pelakon Sharnaaz dan isterinya, Norr Nabila sedang bergolak. Biarpun tidak diulas dengan jelas namun beberapa posting Sharnaaz mengundang persoalan.





Nampaknya status rumah tangga Sharnaaz dan Nabila terus menjadi tanda tanya apabila pelakon itu menerusi entri terbaru di laman Instagramnya itu seolah meluahkan rasa hati mengenai semangat dan jiwanya yang telah hilang.

Terbaru, Sharnaaz memuatnaik gambarnya berserta dengan kenyataan 'memujuk hati' mengenai semangat dan jiwanya yang telah hilang. Bagaimanapun ramai mengaitkan posting itu dengan keadaan rumah tangganya.

"Saja nak habaq , mana pi mamat dalam gambaq ni tak tau, hilang mana dah semangat dia, jiwa dia.. garang dia.. watak dan perwatakan.. walaupun menjelikkan dan menjengkelkan perangai mamat ni, tapi manis dan asam asam boi dia tetap ada.. semoga kembali wahai sahabat jiwa..," tulis Sharnaaz di IGnya.

Klik untuk gambar besar


Di ruangan komen pula, netizen memberikan kata-kata semangat buat Sharnaaz. Bagaimanapun apa yang menarik perhatian, terdapat satu komen yang mendapat tanda 'like' daripada Sharnaaz.

Komen itu menulis bahawa rumah tangga sebaiknya dibina berasingan dari keluarga agar suami dan isteri dapat melayari kehidupan berdua dan elakkan penglibatan terlalu banyak dari ahli keluarga kedua pihak.

Sehingga kini, kami juga tidak pasti apa masalah sebenar melanda rumah tangga Sharnaaz dan isteri. Namun tanda 'like' pada komen itu mungkin bayangan keadaan sebenar dilalui pasangan ini?








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: