23 February 2019

'SENYAP' SELEPAS AJL33 - SITI SARAH NAFI MERAJUK TAPI DEMAM TERUK


"Lepas program nyanyian itu, saya memang demam yang agak teruk. Selepas itu pula saya bercuti ke Langkawai. Cuaca di sana terlaku panas hingga saya demam sekali lagi. Bila sakit, saya tidak mampu hendak mengemas kini laman sosial termasuk berjumpa dengan sesiapa.





"Bagi saya bukan isu besar pun jika saya tidak mengemas kini di laman sosial," kata penyanyi Siti Sarah yang mengakui jatuh sakit serta demam berturut-turut selepas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33).

Sarah berkata kepada Hlive, ia menjadi salah satu punca mengapa dia 'senyap' dan tidak mengemas kini laman sosialnya.

Bagaimanapun Sarah menafikan puncanya senyap di laman sosial itu adalah kerana merajuk. Sebaliknya, pelantun lagu 'Semakin' itu akui bersedih kerana kecundang di AJL33 baru-baru ini.

"Secara jujurnya, setiap manusia normal untuk berasa kecewa atau sedih. Manusia juga berhak berasa marah dan gembira.

"Bukan merajuk tapi saya akui memang saya bersedih tapi bukan bermakna saya tidak menerima ketentuan itu, malah saya reda dan terima dengan hati terbuka.

"Bagi saya jika saya merajuk sekalipun, tapi dalam masa yang sama saya sihat mesti saya akan mengemas kini laman sosial saya tetapi kerana sakit, saya tidak mampu," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: