23 February 2019

DJ LIN NYARIS PENGSAN DI BILIK AIR - KURANG OKSIGEN PUNCANYA


"Sebenarnya Ahad lalu saya dah rasa tak sedap badan dan pagi hari Isnin ada pergi klinik. Ingatkan tak apa yang serius, jadi saya teruskan bekerja macam biasa.





"Kebetulan pula saya sibuk menguruskan perancangan untuk kajian ukuran pendengar radio yang akan diadakan pada 7 Mac depan. Banyak mesyuarat perlu dihadiri.

"Hari Selasa petang tu saya habis mesyuarat, badan dah mula rasa lemah dan ketika saya pergi bilik air, tiba-tiba macam mara gelap dan nasib sempat berpaut pada dinding.

"Bila dah jadi macam tu, saya terus ke hospital dan doktor terpaksa tahan saya di wad sebab badan tak cukup oksigen," kata penyampai radio Suria FM iaitu Dj Lin.

Klik untuk gambar besar


Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 42, sekali lagi ditahan wad sejak Selasa lalu selepas hampir pengsan di bilik air pejabatnya disebabkan terlalu kuat bekerja.

Dua tahun lalu, Dj Lin pernah dimasukkan ke hospital gara-gara dia memaksa dirinya untuk bekerja sehingga tidap dapat rehat yang cukup.

Menurut Pengurus Program Suria FM ini, dia mula berasa badannya tidak berapa sihat sejak Ahad lalu namun beranggapan ia perkara biasa.

Dj Lin masih menerima rawatan di KPJ Tawakkal Specialist Hospital, Kuala Lumpur dan perlu berehat sehingga Ahad.



Dalam pada itu, Dj Lin memberitahu dia sudah biasa menguruskan semua kerja kerana beranggapan ia merupakan tanggungjawab.

"Saya memang dah terbiasa uruskan semua kerja. Lebih puas hati kalau kita sering yang melakukan. Lagipun, saya sudah diberi tanggungjawab untuk mengendali program Suria FM.

"Saya tak boleh buat sambil lewa dan kena buat betul-betul biar sampai rasa puas. Alhamdulillah sebelum ini Suria FM mendapatkan tertinggi dalam kajian radio itu.

"Jadi, untuk tahun ini saya nak pastikan tijauan itu terus meninggatkan. Melihat peningkatan tijauan tu membuatkan saya rasapenat itu berbaloi," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Dj Lin & Suria Malaysia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: