23 February 2019

ANZALNA NASIR HADIAHKAN MERCEDES BENZ - BAPA MENANGIS TERHARU


Bagi meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan bersama suami, Hanif Zaki, pelakon, Anzalna Nasir telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ibu bapanya sebagai tanda penghargaan.





Katanya, biarpun sudah mendirikan rumah tangga, jasa kedua-dua orang tua usah dilupa, selain sentiasa menghormati suami.

"Saya masih ingat ketika berbulan madu dahulu, saya membawa ibu bapa mengerjakan umrah dan kini pada ulang tahun kami yang ketiga, saya hadiahkan kereta buat mereka.

"Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan ibu bapa kita. Kebahagiaan bukan terletak pada harta benda, tetapi bersandar atas sebuah ingatan tulus ikhlas.

Klik untuk gambar besar


"Terlalu banyak pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Sebagai anak, jangan sesekali lupa untuk berbakti walaupun sudah memiliki kehidupan sendiri," katanya.

Aktres yang kini hamil cahaya mata pertama itu berkongsi kejutan manis berkenaan menerusi laman Instagramnya bersama video dan keterangan yang membuatkan rata-rata pengikutnya terharu.

Menerusi video yang meraih lebih 300,000 tontonan itu, pada awalnya Hanif dilihat berpura-pura menghadiahkan kereta Merchedes Benz untuk Anzalna di premis pengedar kenderaan terbabit.



Namun, ketika ayahnya yang turut mengikuti mereka ke lokasi berkenaan duduk di kerusi pemandu, Anzalna terus membuat pengakuan ia adalah hadiah untuk insan teristimewa itu.

Anzalna menyerahkan kunci kenderaan itu kepada bapanya iaitu Md. Nasir sebelum pelakon terbabit memeluk bapanya sambil menitiskan air mata. Malah, ayah dan ibunya juga tidak mampu menahan rasa sebak hingga sama-sama menangis terharu.

Bapa Anzalna memberitahu dia memang meminati kereta Mercedes Bens namun langsung tidak menyangka anaknya itu akan menghadiahkan kereta berkenaan.



"Ia adalah hadiah yang cukup menyenangkan. Cantik, suka. Idaman sebenarnya nak beli kereta macam ni," tuturnya.

Sementara itu, bercekap mengenai ulang tahun perkahwinannya, Anzalna berkata, dia sentiasa berdoa agar Allah merahmati perkahwinan mereka sehingga ke akhir hayat.

Menyifatkan perkahwinannya dengan Hanif sebagai indah, pelakon itu memberitahu hormat-menghormati di antara satu sama lain adalah kunci kepada kebahagiaan.

"Kehidupan berkahwin adalah sangat indah apabila anda mempunyai rasa hormat untuk satu sama lain. Hari ini, genap 13 tahun bersama (tempoh bercinta dan berkahwin) Hanif Zaki, tiga tahun melayari perkahwinan dan bakal bertiga tahun ini, Insya-Allah.

"Saya tidak tahu apa menanti kami pada masa hadapan, tetapi saya sentiasa berdoa kepada Allah agar merestui perkahwinan kami dan membolehkan saya sentiasa bersama suami sehingga ke akhir hayat saya," ujarnya.

Untuk makluman, Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 dan pasangan itu baru-baru ini mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, mStar & Instagram Anzalna Nasir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: