01 February 2019

TAMPIL 'BERTUDUNG' - JIHAN DIPUJI CANTIK, DIDOAKAN TERUS ISTIQAMAH


Menerusi laman Instagram, pelawak, pelakon dan pengacara Jihan Muse telah memuatnaik beberapa foto penampilan terbaharu dan ia telah menarik perhatian netizen.





Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 36, berkongsi beberapa keping foto dia memakai tudung namun tidak dijelaskan perubahan tersebut.

Rata-rata pengikut di laman sosial memuji kecantikan Jihan memakai tudung dan mendoakan agar pengacara program 'Bintang Minggu Ini' itu untuk terus istiqamah dengan penampilan tersebut.

"Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah. Biar terpaksa membuat sesuatu perkara yang baik tu daripada tidak membuat langsung. Lama-lama yang terpaksa tu yang akan jadi biasa. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Klik untuk gambar besar


"Cantiknya Jihan, semoga Allah bukakan pintu hati Jihan untuk tutup aurat sepenuhnya. Amin. Sayang Jihan dan baby ninja.

"Hebat perancangan Allah tu @jihanmuse, teruskan istiqamah, semoga apa yang diimpikan terlaksana dengan baik. Cantik!" komen beberapa orang netizen.

Melihat foto-foto yang dimuatnaik, Jihan kini sedang menikmati percutian bersama suaminya yang juga pelakon Ungku Hariz dan anak lelaki mereka iaitu Ungku Arsalan Haq.

Dalam pada itu, salah seorang pengikutnya turut memuji Jihan kerana dari dulu jarang mempunyai gosip dan sentiasa dikelilingi dengan orang baik-baik.



Menerusi komen tersebut, individu itu mengikuti Jihan di laman Instagram kerana suka melihat selebriti itu pergi ke kelas agama dan mengaji Al-Quran.

"Saya saja nak hormat Jihan ni. Walaupun datang dari bidang lawak. Tapi dari dulu jarang nak ada gosip liar dan murah. Tambah, kawan dengan orang-orang baik seperti Fafau (Farah Fauzana) dan lain-lain.

"Lepas tu kalau siapa yang dah lama ikut dia dan suka tengok IG Story dia suka pergi kelas agama dan mengaji Al-Quran. Semoga Jihan menjadi wanita, ibu dan isteri yang solehan. Insya-Allah. Amin," tulisnya.

Untuk makluman, Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 34, berkahwin pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama yang kini berusia setahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Jihan Muse


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: