01 February 2019

ZIZI KIRANA: "ORANG RASA SEKSI TAPI SAYA RASA BIASA SAJA"


"Ada juga orang kenamaan dan VVIP yang meninggalkan mesej-mesej nakal, ajak berasmara, nak berkawan rapat dan mahu 'mengangkut' saya ke sana sini. Tapi saya buat tak layan sebab pada saya mereka itu sebenarnya gila.





"Di luar mereka kata saya jahil sebab seksi tapi sebenarnya otak mereka yang tak betul," demikian kata penyanyi Zizi Kirana yang sememangnya sangat sinonim dengan imejnya yang agak seksi.

Gara-gara sering tampil dengan pakaian yang mendedahkan tubuh, Instagram penyanyi 'Nak Ke Tak Nak' itu sering dihujani dengan kritikan dan kecaman netizen. Tidak kurang juga ramai yang meninggalkan komen berbaur lucah.

Klik untuk gambar besar


"Nampaknya bukan itu sahaja, Zizi baru-baru ini mendedahkan ada orang kenamaan dan VVIP cuba menggodanya dengan meninggalkan mesej nakal dan mengajaknya untuk melakukan perkara tidak elok.

Dalam pada itu, Zizi turut berasa pelik dan tertanya-tanya mengapa setiap foto yang di muatnaik pasti akan menjadi kecaman netizen sedangkan baginya penampilannya itu biasa-biasa saja.

"Orang rasa seksi tapi saya rasa biasa saja. Saya takkan ubah atau ikut kata orang, saya tetap akan memakai pakaian yang saya rasa selesa," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Utusan & Instagram Zizi Kirana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: