04 March 2019

11 FOTO - SEKITAR MAJLIS 'BRIDAL SHOWER' NELYDIA SENROSE


Pelakon Nelydia Senrose, 24, yang bakal berkahwin tidak lama lagi itu telah diraikan dalam satu majlis 'bridal shower' yang diadakan sangat meriah di Ritz Calton, Kuala Lumpur semalam.





Menerusi laman Twitter Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Senrose, berasa teruja serta tidak sabar untuk menghadiri majlis pertamanya itu.

Sekitar majlis tersebut telah dikongsikan menerusi laman Instagram oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat pelakon drama bersiri ' Cinta Tiada Ganti' itu yang menghadiri majlis meraikan bakal pengantin.

Menariknya pada hari majlis 'bridal shower' itu, Nelydia telah membaling sejambak bunga untuk mengetahui siapa bakal berkahwin selepas dirinya.

Klik untuk gambar besar


Melihat pada video yang dimuatnaik, Uqasha Senrose iaitu kakak kepada Nelydia telah berjaya menangkap bunga itu malah kelihatan sangat gembira.

Enggan mengulas lanjut, Nelydia mendoakan majlis yang dirancang kelak diberkati dan dipermudahkan. Tambah Nelydia, majlis itu sebenarnya bertujuan meraikan teman baiknya pada acara minum petang.

"Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi. Insya-Allah, semoga yang dirancang (majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan) akan dipermudahkan," katanya.



Petang semalam, netizen kecoh apabila perkongsian IG Story termasuk yang dimuatnaik kenalan Nelydia yang menunjukkan pelakon itu diraikan pada majlis 'bridal shower', tersebar.

Ini bagai memberi isyarat Nelydia bakal melangsungkan perkahwinan, tidak lama lagi. Antara kelibat yang dilihat menghadiri majlis itu termasuk kakaknya, Uqasha Senrose; adiknya, Raysha Rizrose serta sepupu, Aprena Manrose.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah ahli keluarga serta rakan-rakan artis seperti Sherry Ibrahim, Erin Malek, Adeline Tsen dan Ruzana Ibrahim.



Apa yang menarik, majlis itu menggunakan tanda pagar '#myotherhafeznel' merujuk kepada nama kekasih Nelydia iaitu jejaka yang dikenali sebagai Hafez.

Sebelum ini, Nelydia mengaku sudah bersedia untuk menjadi isteri dan memanjatkan doa agar jodohnya dipermudahkan ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci, baru-baru ini.

Untuk makluman, Nelydia kini sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz sejak April 2018. Terdahulu, Nelydia pernah bercinta dengan pelakon Qi Razali namun begitu hubungan mereka berakhir pada Ogos 2015.

Tahun lalu, pelakon drama 'Encik Suami Mat Salih Celup' ini memuatnaik foto sebentuk cincin di jari manisnya, sekali gus mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan peminat. Nelydia kemudian dilaporkan mengaku cincin terbabit adalah pemberian Hafez.
















www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Berita Harian, Instagram Uqasha Senrose, Sherry Ibrahim & #myotherhafeznel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: