05 March 2019

PEMINAT NAMPAK 'BABY BUMP', SPEKULASI ELFIRA LOY HAMIL?


Pelakon Elfira Loy dan suaminya Faris Khairol Anuar baru-baru telah diraikan dalam satu majlis persandingan yang kelima yang diadakan di Melaka dengan bertemakan ala kampung. Difahamkan, majlis tersebut diadakan diatas permintaan daripada nenek Faris.





Majlis tersebut didadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik memakai busana biru laut dan diraikan dalam suasana meriah dengan paluan kompang, pulut kuning dan joget lambak.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah rata-rata peminat Elfira memberikan komen mengenai perubahan Elfira yang dikatakan semakin berisi. Malah ada dikalangan peminat membuat spekulasi mungkin pelakon itu kini berbadan dua.

Klik untuk gambar besar


Peminat juga mengatakan seperti kelihatan 'baby bump' dan selempang yang dipakainya seolah menutupi bahagian perutnya. Di ruangan komen, penuh ucapan tahniah membanjiri akaun media sosial pelakon itu yang menganggap Elfira kini sedang hamil.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang penjelasan lanjut daripada Elfira mahupun suaminya. Mungkin juga masih terlalu awal untuk mereka berkongsi berita gembira tersebut dengan peminat?

Apa-apapun, jika benar Elfira kini sedang berbadan dua... tahniah kami ucapkan dan pasti peminat pelakon ini tidak sabar menantikan Elfira Junior.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: