05 March 2019

ISU FOTO 'BOGEL': "NAUZUBILLAH... JANGAN PERCAYA" - NORA DANISH NAFI DIRINYA


"Zaman sekarang banyak benda-benda mengarut berbanding yang betul jadi apa yang saya belajar selama dalam industri ini adalah jangan cepat melatah. Sebab tak semuanya betul, kita sendiri pun tahu the picture it's not even clear.





"Nauzubillah... Saya pun takut kalau benda-benda seperti ini berlaku. Untuk saya, that's not my picture dan jangan percaya dengan benda yang anda Nampak.

"Anda semua pun tak pasti sama ada benda itu betul atau tidak," demikian kata pelakon Nora Danish yang menafikan sekeras-kerasnya foto tersebut miliknya dan meminta agar masyarakat atau netizen tidak terlalu cepat membuat andaian sedangkan mereka sendiri tidak pasti tentang kesahihan perkara tersebut.

Disember tahun lalu, kecoh di media sosial apabila nama Nora terpalit dengan isu panas berhubung dakwaan foto memperlihatkan imej refleksi seorang wanita sedang berbogel tersebar di Insta Stories dengan nama – @noradanish di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nora akui kecewa dengan sikap segelintir netizen yang terlalu mudah percaya dengan khabar angin yang tersebar tanpa usul periksa. Kata Nora lagi, sepanjang berada dalam industri hiburan tanah air banyak yang dipelajari dan tidak akan cepat melatah dengan isu tersebut.

"Bukan terjadi pada saya sahaja tetapi begitu juga kepada rakan-rakan artis yang lain atau yang bukan selebriti pun. Yang penting jangan cepat melatah dan jangan cepat sangat percaya benda yang anda lihat terutamanya di media sosial," jelasnya.

Apa yang dikatakan oleh Nora itu ada betulnya. Jangan mudah percaya dengan khabar angin yang tersebar kerana ada sahaja pihak yang akan tidak puas hati dengan seseorang dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjatuhkan maruah orang lain.

Kalau boleh netizen pun janganlah percaya bulat-bulat dengan perkara yang tersebar lebih-lebih lagi di media sosial kerana mungkin ada pihak berniat jahat untuk menjatuhkan nama Nora. Zaman sekarang ini, macam-macam orang boleh buat.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nora Danish


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: