28 March 2019

8 FOTO & 2 VIDEO - SEKITAR MAJLIS BERINAI FASHA & AIDIL YANG MERIAH


"‼️#majlisberinaiaidilfasha‼️ Alhamdulillah majlis berinai berjalan dgn lancar. Semua keluarga,saudara mara serta sahabat2 turut meraikan. Jadi dikesempatan ini, kami selitkan sekali kejutan utk @fashasandha bg meraikan hari jadinya pada 28 Mac.





"Semoga hari jadi bakal isteri sy pada tahun ini membawa sinar yg baru dalam hidup beliau di samping keluarga yg baru.Diharapkan kata2 & doa yg dilafazkan tadi di makbulkan oleh ALLAH SWT. Aminn.. Tqsm @ippohafiz sebab memberi kejutan menyanyikan sebuah lagu. Terima kasih juga pada semua yg meraikan majlis kami. 🤗 ❤️SELAMAT HARI JADI SAYANG❤️

" "Mmg benar aku mencintaimu, mmg benar rasa menyayangimu,setulusnya rasa hati ini,hanyalah padamu..." - "Kuharapkan engkau yg terakhir,dalam hidup ini,setia bersamamu hingga hujung waktuku,kekal bahagia selamanya.." #aidilfasha," demikian tulis pelakon Aidil Aziz menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya..

Bakal meraikan hari bahagia mereka tidak lama lagi, Aidil dan pasangannya, pelakon Fasha Sandha telah mengadakan majlis malam berinai dengan tema Melayu Klasik. Majlis itu berlangsung dengan cukup meriah sekali dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak, rakan artis dan media.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkongsian tersebut, pasangan merpati dua sejoli itu nampak cantik dan segak dalam busana berwarna ungu. Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah Fasha. Difahamkan, Fasha dan Aidil akan diijabkabulkan pada hujung minggu ini.

Untuk makluman, perkahwinan yang bakal berlangsung ini merupakan pertama bagi Aidil dan Fasha yang kedua kerana pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata sepasang iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Kami doakan semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua dan semoga kekal sehingga ke jannah.



















www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Media Hiburan, Instagram MeleTop & Aidil Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: