28 March 2019

"SAYA TIDAK ADA MENGIYAKAN" - NONNY ULAS 'SIHIR PEMISAH' DIKATA PUNCA CERAI


Menjelaskan tidak pernah memberi apa-apa pandangan mengenai sihir pemisah kononnya menjadi punca perceraiannya dengan suami, bekas peserta Akademi Fantasia, Nonny Nadirah memberitahu yang dia hanya berkongsi mengenai kewujudan sihir bahaya itu selepas menghadiri jemputan ke program Sila Duduk Jangan Lari bersama Datuk Seri Ustaz Suhaimi Rozali baru-baru ini.





Malah, Nonny, 30, yang juga seorang pelakon itu turut menegaskan tidak perlu untuk melakukan kerja Allah sekiranya perkara itu benar dan lebih baik muhasabah diri untuk menjadi terbaik.

"Sy hanya berkongsi cerita tentang sihir pemisah itu wujud dan sihir itu juga adalah sihir yg paling berbahaya kpd media selepas sy menghadiri jemputan ke program Sila Duduk Jangan Lari bersama Datuk Seri Ustaz Suhaimi Rozali.

"Akan tetapi sy TIDAK ADA mengiyakan hubungan sy dgn bekas suami berpunca dari masalah tersebut. Sekalipun benar biarlah Allah S.W.T buat kerja dia, jgn kita buat kerja Allah," katanya.

Pemilik nama penuh Nonny Nadirah Zainuddin ini menjelaskan perkara itu menerusi laman Instagram selepas artikel sebuah portal hiburan yang mengatakan sihir pemisah punca perceraiannya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nonny meminta semua pihak berhenti manipulasi semua perkara kerana sudah penat dengan masalah tersebut.

"Jaga Diri, Jaga Akhlak, muhasabah diri utk menjadi yg terbaik. Stop manipulate things. Enuff of sihir and Im tired of this.... Bagilah sy rehat sekejap dari mslh dunia ni. 🦋," tuturnya lagi.

Pelakon yang popular menerusi drama 'Istikharah Cinta' itu dan bekas suaminya mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung pada Oktober tahun lalu.

Nonny dan Mohamed Mustain Mohamed Adnan mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah, selepas sembilan tahun berkenalan.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nonny Nadirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: