28 March 2019

PACHARA APIN DEDAH KENALI ISLAM SETAHUN SEBELUM TERIMA AFIQ MUIZ


"Kami berkenalan pada Mac tahun lalu ketika saya bawa watak antagonis, manakala Afiq pula hero drama 'Air Mata Syurga' dan dia ajak saya keluar bertemu kawan-kawan rapatnya. Selepas itu pada pertemuan kedua-dua terus lamar saya dan beritahu dia tidak mahu seperti pasangan bercinta.





"Dia mahu serius dalam hubungan itu dan tidak mahu buang masa," ujar pelakon baharu yang juga isteri kepada aktor Afiq Muiz iaitu Pachara Apin yang berkata dia mula mengenali suami itu setahun lalu ketika membintangi drama 'Air Mata Syurga'.

Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya, 28, berkata, pelakon drama 'Jodoh-Jodoh Anissa' itu melamarnya untuk menjadi isteri pada temu janji kedua mereka.

Untuk makluman, Pacahara yang berasal dari Sabah dan Afiq melangsungkan perkahwinan pada pukul 5 petang hari Selasa di Pejabat Agama, Hulu Langat.

Klik untuk gambar besar


Tamabh Pachara, dia terkejut dengan lamaran berkenaan dan meminta Afiq untuk memberi masa kepadanya mendalami Islam terlebih dahulu. Katanya, dia perlu mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk menukar agama.

"Saya cakap dengan dia berkahwin bukan perkara main-main dan saya perlu membuat keputusan besar dalam hidup saya. Saya membesar dalam agama Kristian namun saya akui sejak umur lima tahun saya sudah mendalami Islam.

"Saya bergaul dengan ramai kawan Islam malah kakak saya sendiri sudah memeluk Islam. Tapi bagi saya tidak adil untuk tukar agama hanya untuk berkahwin, jadi saya dalami Islam sehingga Mei tahun lalu saya buat keputusan untuk melafazkan syahadah. Afiq uruskan semuanya dan bawa saya ke sebuah masjid di Shah Alam," jelasnya.



Dalam pada itu, Pachara berkata, mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan pernikahan pada Selasa lalu disebabkan mengikut masa ditetapkan oleh wali hakim. Katanya, majlis tersebut berlangsung secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat.

"Dua minggu lalu saya dah buat permohonan kebenaran berkahwin dan terpaksa ikut masa sesuai wali hakim yang menikahkan saya. Lagi pula semalam sahaja hari yang Afiq dan saya betul-betul free," tuturnya.

Pachara berkata, mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi sebulan selepas mereka selesai penggambaran drama terbaaru 'Mutiara Ramadan'.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: