28 March 2019

"BIARLAH ANAK SENDIRI MENARIK IBU KEMBALI TUTUP AURAT" - ALONG CHAM


"Anak saya akan bercerita momen setiap kali ibu dia (Zila Seeron) datang melawat di rumah ibu saya. Ada satu hari itu, Danial beritahu dia ada meminta Zila memakai tudung dan menutup aurat. Terkejut juga anak saya boleh kata begitu tapi saya ada pesan dekat Danial, kalau nak tegur biar cara yang baik supaya ibu dia tidak terasa hati.





"Cuma apa yang saya harapkan satu hari nanti kalau bukan orag lain biarlah Danial, anak dia sendiri menjadi orang yang menarik ibu dia kembali menutup aurat," demikian kata pelawak dan pelakon Along (Cham) yang berharap satu hari anaknya, Ahmad Danial akan menjadi orang yang berjaya membuat bekas isteri, Zila Seeron kembali menutup aurat.

Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 35, anak lelakinya pernah menegur Zila yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu untuk memakai tudung ketika datang ke rumah untuk berjumpa.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Zila dikata kembali membuka tudung apabila dia dilihat memuatnaik foto terbaharunya di akaun Instagram pada 18 Mac lalu. Bagaimanapun, Along berkata dia tidak mengetahui perkara itu kerana beranggapan bekas isterinya sememangnya tidak memakai tudung selepas mereka bercerai pada Ogos 2016.

"Sebenarnya saya terkejut juga bila baca artikel mengenai dia membuka tudung semula. Sebab setahu saya lah, dia memang tak pakai tudung sejak kami bercerai. Tapi saya tak pastilah mengenai perkara itu. Kami pu tidak saling berhubung sejak itu. Apa-apa berkenaan dengan anak pun, dia akan hubungi ibu saya," ujarnya.

Untuk makluman, Along dan Zila berkahwin pada 23 Januari 2010 dan bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016. Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial yang kini berusia lapan tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Along Cham & Zila Seeron


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: