28 March 2019

LAGI 11 FOTO BERINAI - FASHA & AIDIL ENGGAN DEDAH TARIKH PERNIKAHAN


Majlis malam berinai pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah berlangsung dengan cukup meriah semalam yang diadakan di The Love, Matic, Kuala Lumpur. Melihat pada perkongsian menerusi media sosial, pasangan ini kelihatan bahagia diraikan dalam majlis tersebut bertemakan Melayu Klasik.





Bagaimanapun, sehingga hari ini kedua-duanya masih belum mahu berkongsi tarikh sebenar pernikahan mereka, namun mengakui ia akan diadakan pada penghujung bulan ini.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang kami bakal disatukan sekitar penghujung bulan ini, namun kami mengambil keputusan untuk menghebahkan pernikahan kami selepas selamat diijabkabulkan.

"Kami berbuat demikian kerana majlis yang bakal diadakan ialah majlis tertutup dan ia sekadar majlis sederhana buat sanak saudara terdekat, jumlah hantaran dan mas kahwin turut akan diumumkan selepas semuanya selesai kelak," jelas Fasha.

Dalam pada itu, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, memberitahu beliau dan Aidil akan berbulan madu di Pulau Langkawi selepas perkahwinan.

Klik untuk gambar besar


Pelakon drama 'Lara Aishah' itu turut menjelaskan timbul rasa sedih untuk dia meninggalkan gelaran janda yang sudah digalaskan lebih empat tahun. Fasha berkata, dia berbangga dapat menggalas tugas membawa gelaran itu dengan baik selama ini.

"Tidak ramai orang beranggapan baik terhadap status janda, namun pada saya ia melambangkan kekuatan seorang wanita atau ibu tunggal.

"Alhamdulillah saya berjaya menggalas status berkenaan dengan baik, sejujurnya kini saya bersedia untuk meninggalkan 'kelab ibu tunggal' yang telah saya sertai bersama beberapa rakan artis sebelum ini," ujarnya.

Tidak mengapalah jika enggan berkongsi tarikh nikah, kami doakan agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke jannah.




















www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Rumah Kebaya Bangsar , Aqo Imran, Media Hiburan & #aidilfasha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: