28 March 2019
URUT, JUMPA DOKTOR TAPI BELUM ADA ANAK - MARSHA ANGGAP ADA HIKMAH
"Siapa yang tak nak (anak), sudah tentu saya teringin sangat ada anak. Sekarang pun umur saya dah berapa? Cuma, belum ada rezeki lagi. Ada juga berbincang dengan suami. Tapi itulah kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau Allah nak bagi, Dia akan bagi. Saya tak nak fikir sangat sebab percaya ada sebab Allah tak bagi sekarang.
"Saya pernah jalani rawatan seperti berurut dan jumpa doktor. Tapi tak menjadi. Insya-Allah hujung tahun ini kalau tak ada, saya akan usaha cara lain pula," kata penyanyi Marsha Milan Londoh, 34, yang mengakui dia pernah menjalani rawatan tradisional untuk mendapatkan zuriat namun masih belum berjaya.
Marsha yang berkahwin dengan Mohamed Shaiful Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015 di Georgetown, Pulau Pinang, itu berkata dia enggan terlalu memikirkan soal tersebut kerana percaya ada hikmah Allah belum kurniakan cahaya mata untuknya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Bimbang' ini memberitahu suaminya banyak memberi semangat untuk dia meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.
"Suami saya banyak berikan suntikan semangat. Dia pesan pada saya, jangan tinggal bidang nyanyian sebab dia percaya sayaboleh pergi jauh. Dari situ, saya terus rasa kena fokus bernyanyi.
"Takut kalau kerap berlakon, orang lupa saya juga adalah penyanyi. Sebenarnya suami saya pun minta menyanyi sebab itu dia selalu beri nasihat dan hala tuju untuk saya. Malah, dia memahami industri muzik ni macam mana," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Marsha Milan Londoh
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment